Tuesday 24 April 2012

Semuanya Serba-Serbi Baru

       Aku tengok pada stats aku... Rupanya ramai gak yang baca cerpen ala kadar aku.Walaupun tajuknya lame giler tapi semakin menakutkan stats yang aku dapat.Walaupun aku dah lama tak bukak blog,tapi korang yang sudi membaca,sangat rajin membuka blog.Terima kasih !

      Lain kali kalau aku tulis cerpen aku buat berdasarkan peribahasa jelah.Best sikit ek? Peribahasa apa yang aku patut buat.Korang-korang berilah cadangan sikit.

    Semuanya serba-serbi baru.Blogger already change into a new look.But it destroy my mind into a new confusing.Makin lama makin pening pulak aku tengok blog new look nie.Aku nak buat blog member aku lagilah pening.Nasib baik berdasarkan kecerdikan dan kesabaran aku,aku telah berjaya akhirnya.

     Beberapa hari yang lepas,cikgu BM aku suruh aku bersama satu kelas buat satu surat untuk pertandingan anjuran Pos Malaysia.Dengar soalan dia je dah buatkan aku putus asa.

Soalan :
Tuliskan sepucuk surat kepada datuk anda tentang kebaikan internet pada hari ini.

      "Wow!"
 Ha,ha,ha,cantik betul soalan tu.Mana aku nak cari point dia.Biasanya kalau bab menulis nie,kalau aku terlebih idea terkeluar dari tajuk.Kalau tak ada idea,tak cukup dari tajuk.Nyam,nyam,nyam.

     Cuti pertengahan tahun tinggal lagi lima minggu.TETAPI,ujian pertengahan tahun tinggal lagi tiga minggu jer.Waaaa~~!!!

     Pao~! Tiba-tiba kepala aku rasa sakit pulak.Itu menandakan....
It's for the Reborn's time !





Tuesday 3 April 2012

Yang dikejar tak dapat,yang digendong berciciran

     Zahid melihat keadaan di sekelilingnya yang amat riuh.Tiba-tiba tangan seseorang menerpa dibahunya.
“Termenung jauh nampak~~?” tanya Zakiah pada masa yang sama cuba mengejeknya.
      “Mana ada!” jawab Zahid marah-marah..
“Kenapa dengan awak ni? Sejak kebekalangan ni,awak ni asyik marah-marah kat kita je?” komen Zakiah memuncung lalu duduk disebelah Zahid yang sedang duduk di bangku kantin sekolah.
      “No comment,” jawab zahid ringkas.
“Oi,Zahid. Don’t be so harsh to your girlfriend,” kata Amir yang tiba-tiba muncul .
“Apa yang awak tengok tu?” tanya Zakiah lagi sambil melihat ke arah mana yang Zahid lihat.
      “Padang?Awak tengok apa kat padang tu?”kata Zakiah dengan penuh tanda tanya.
“Tak ada apa-apalah.Dah,aku nak gi beli makanan sekejap,”kata Zahid sambil berlalu pergi manakala Zakiah masih lagi memandang ke arah padang.Pandangannya jelas menunjukkan yang dia sedang memandang seorang budak perempuan.
      “Kenapa,Zakiah? Awak nampak macam sedih je?” tanya Amir mula terperasan sesuatu.
“Tak ada apa-apalah,” jawab Zakiah lemah lalu pergi dari situ.
      “Hmm,mesti ada apa-apa ni,”kata hati Amir.

Waktu balik….
      Ketika semua pelajar sudah pulang ke rumah,kedengaran sepasang suara yang amat kuat.
“Kita bukannya nak kongkong awak,Zahid.But,this year we’ll take our SPM examination! I just want you to pay attention to your studies,” kata Zakiah dengan kuatnya.
      “Do I care? Zakiah,please don’t interfere with my own problem,ok?” jawab Zahid sambil memegang kepalanya.
      “But, I’m your girlfriend,Zahid ! Your problem is my problem,too!” balas Zakiah dengan pantasnya.
“Shut it already.Pening kepala saya dengar awak membebel,Zakiah.Ok,fine.Right here,right now,we clash!” kata Zahid dengan kuat lalu berlalu pergi.
      “Zahid,listen here! You must pay attention to your studies.Not at her!” jerit Zakiah sambil menangis cuba menyedarkan Zahid.
“Who’s ‘her’ ,Zakiah?”tanya Amir yang muncul tiba-tiba.
      “Amir,bila awak muncul?” tanya Zakiah sambil mengesat air matanya.
“Sudahlah,Zakiah.Lupakan sajalah si Zahid tu.By the way,siapa perempuan yang awak cakap tu?” tanya Amir pada masa yang sama sedang memujuk Zakiah.
      “Oh,dia….” Jawab Zakiah.

“Mamak,teh tarik dua! Sama roti tisu satu set,” kata Amir dengan kuatnya.
      “So,Zakiah.Itu je ke problem Zahid?” tanya Amir.
“Yes.”
“Tapi,tak apa ke awak keluar dengan saya?” tanya Amir lagi.
“Dah kena clash dah pun.”
      “Situasi awak sekarang sama macam dalam novel-novel melayu,drama-drama melayu gitu,” ujar Amir sambil tersenyum,”Straight to the matter.Apa kata awak lupakan saja Zahid tu.Lagipun,awak akan hadapi SPM tu.”
“Amir…” hati Zakiah berbisik perlahan.

Keesokkan harinya,Zakiah datang ke sekolah seperti biasa.Namun,Zakiah terpaksa berbuat tidak mengenali Zahid demi untuk SPM yang tinggal lagi tiga bulan.
“Nampak macam betul-betul tak nakkan aku je.Tak pe,aku ada chance lah nak pikat budak tu,”kata hati Zahid.

Dua minggu kemudian,ketika Zakiah yang kebetulan pergi ke sekolah awal,dia terdengar beberapa orang pelajar kelas sebelah berbual.
“Hei,kau dengar tak berita terbaru tu?”
“Berita yang mana?”
“Alah,budak kelas sebelah kita tu lah.Zahid.Aku dengar dia bercouple dengan si Erna tu.”
“Bukankah si Erna tu dah bercouple ke?”
“Yelah,lepas tu clash.Al-maklumlah Zahid tu kan lebih hensem dari ex dia tu.”
“Ye tak ya jugaklah.”

      Zakiah berlalu pergi.Baginya,hatinya masih lagi terluka dengar kata-kata Zahid hari tu.
Ketika waktu pembelajaran,Zakiah memandang ke belakang.Melihat Zahid yang sedang berangan.Zakiah memandang ke depan. “Betul kata Amir,aku kena lupakan Zahid.”

Selepas waktu persekolahan tamat,Zahid sedang berdiri di pagar hadapan sekolah.
      “Hei,you~~!!”kata seseorang cuba mengejutkan Zahid.
“Ah,Erna.Don’t surprise me like that,”kata Zahid.
      “Baby,I just want to tease you,”balas Erna.
“Dah,dah,jangan merajuk pula,”pujuk Zahid. “Tapi,hari ini bukankah ada extra class?”
      “Well,Zahid.We still have a lot of time.Let’s have some fun,okay~?” kata Erna tergedik-gedik.
“But..”
“Zahid,I tak nak kawan dengan you nanti,” ujar Erna tergedik-gedik lagi.
      “Yelah,yelah.”

Sebulan sebelum SPM…
      Zahid terjumpa sepucuk surat dibawah mejanya.

Kepada Zahid,
      Zahid,saya tahu yang awak tak sukakan saya lagi.Tapi,saya masih nak mengingatkan awak tentang SPM yang akan datang dalam masa sebulan.Saya harap awak dapat minat belajar lagi.Saya masih teringat lagi yang awak pernah berkata bahawa awak nak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan menyambung pelajaran hingga mendapat PhD.Awak juga yang katakan bahawa itu adalah impian awak sejak kecil lagi.Saya harap awak masih lagi ingat akan impian yang awak harapkan itu.
                                                                Ikhlas daripada,
                                                                  Zakiah

Setelah habis membacanya,Zahid terus mengoyak surat itu.Dia kemudian membuangnya dalam tong sampah lalu pergi mengikut pintu belakang.Tanpa disedari,rupa-rupanya Zakiah sedang memerhati dari blok sebelah.

Seminggu sebelum peperiksaan,
      “Wei,Zahid.Minggu depan SPM.Kau tak belajar lagi ke?”tanya salah seorang rakannya.
“Malaslah aku.Sekarang ni aku hanya tumpukan perhatian aku kepada Erna dan impian aku sekarang ni ialah untuk bersama dengan Erna sampai ke tua,”jawab Zahid sambil menggerakkan tangan sebagai tanda isyarat badan.
      “Lantak kaulah,beb.Tapi,aku nak ingatkan kau je,”kata rakannya lagi.

Akhirnya SPM tiba,semua pelajar menjawab dengan penuh teliti.Begitu juga dengan Zakiah.Setelah lama kemudian,keputusan telah keluar.Zakiah mendapat keputusan yang amat cemerlang.
Kesudahannya,penamat yang sedih buat Zahid.Dia hanya mendapat keputusan yang memberansangkan.Lebih malang lagi,setelah tamat sekolah,Erna telah curang kerana terjumpa dengan lelaki lebih kacak dari Zahid.Hidup Zahid hanya penuh dengan sesalan.
      Jika dia mendengar nasihat Zakiah,sudah tentu apa yang dikejarkan akan dapat dikecapi.Tetapi,hanya kerana berharap pada impian yang belum tentu menjadi kenyataan,hidupnya musnah.