Monday 13 February 2012

Soalan Sivik Dan Cara Menjawabnya

          Soalan ni adalah adalah soalan sivik yang aku dapat pagi tadi.3 soalan je.Sikit kan ?

Soalannya  
1)Ayah anda penat setelah pulang dari pejabat,namun anda mahu meminta batuannnya untuk menghantar anda untuk  ke rumah rakan sempena majlis hari jadinya.

2)Ibu anda sakit dan tidak dapat memasak.Anda pula telah menjemput rakan untuk makan tengah hari di rumah.

3)Adik anda ingin menggunakan komputer.Pada masa yang sama,anda sedang menyiapkan projek Geografi.


Jawapan Yang Rasional
1)Saya akan tunggu ayah hilangkan penat beliau dahulu sebelum meminta ayah hantarkan saya.Kalau terlambat ke majlis hari jadi rakan saya,saya akan meminta maaf.

2)Saya akan mencuba untuk memasak setakat mana yang boleh.

3)Saya akan meminta adik untuk menunggu dahulu sehingga saya menyiapkan projek Geografi.


Jawapan Yang Terbaik
1)Mula-mula saya akan membuat lawak 'hu ha,hu ha' sehingga ayah saya ketawa terbahak-bahak.Orang yang ketawa terbahak-bahak akan dapat melupakan rasa penat.Anda tidak setuju?Itu tipu namanya sebab saya sudah banyak kali berlaku.Kalau saya terlambat sekalipun,saya tertentu sudah menyiapkan hadiah yang special dan pastinya si dia akan lupakan tentang saya yang datang lambat.

2)Sebelum rakan saya tiba,saya akan ke restoran berdekatan untuk membeli nasi bungkus dan menghidangkannya di atas pinggan seolah-olah saya yang memasaknya.

3)Get lost.


P/s: mana azam aku untuk mengurangkan update blog nie?Mane?Mane?

Thursday 2 February 2012

Bila besar nanti korang nak jadi ape?

     Bila besar nanti korang nak jadi apa?Hah,hah!Tak dapat nak jawab.Aku pun tak tau bila besar nanti nak jadi apa..

     Bila diingat balik,ada jugaklah aku selalu jumpa ayat nie ,"Impian budak perempuan bila dia kecik adalah menjadi seorang puteri.."

Okey,siapa yang ada pasang niat macam tue sila angkat tangan..Tapi quote tu agak betul jugak.Budak kecik selalu diMOMOKan dengan citer-citer dongeng inggeris macam Cinderella,Snow White dan banyak lagilah.





      Biasanya citer-citer begini diakhiri dengan happy ending.Tapi,paling aku tak maafkan giler bile aku baca cite Rapunzel.


 Ade masa tu,aku kecik-kecik lagi,darjah satu atau darjah dua gitu,aku pergi baca buku nie kat library sekolah.Aku bacalah dengan penuh khusyuk sekali.Sampai satu tahap.. masuk jer ending. Ade ker patut lepas putera tu selamatkan puteri tue...Putera tue tu kena sihir terus jadi buta.Memang tak boleh diterima langsung!

Lepas tue,aku terus avoid dari terus membaca citer Rapunzel sampailah aku tengok citer Rapunzel versi Barbie.Hah,time tu aku dah boleh terima citer Rapunzel.Bila dah expert sikit guna internet,aku dah tak mainlah citer dongeng omputeh nie, aku sekarang layan citer omputeh yang ditwistkan oleh mangaka Jepun.

1)Alice in Wonderland (Japanese Twisted Version)



2)Snow White (Japanese Twisted Version)



 Wah!Minat giler aku dengan hero citer kat atas nie... Mukanya sweet seh,macam Natsume.Eh?nampaknya point aku nie dah lari dari tajuk.

 Entah kenapa,walaupun salah satu azam aku taon nie adalah untuk mengurangkan update blog,tangan aku semakin gatal pulak nak update.Nie dah melebih dah nie.Tak pe,tak pe, walaupun mengupdate blog dikurangkan tetapi main internet dengan facebook tetap sama.Hehehehe..

Ok,ok,dah,dah.Terlampau banyak dah....



p/s:Ade member aku kate entry aku tak best,betol ke?