Sunday 29 January 2012

Boyfriend...

Boyfriend atau nama saintifiknya Teman Lelaki.Selalu dikaitkan dengan insan bernama perempuan.Mesti korang tertanya ape kena dengan istilah boyfriend nie.Okey,jom kita terokainya bersama-sama.

Kalau korang sekolah menengah,mesti korang selalu dengar cite.

"Eh,dia tu kapel dengan dia tu"

"Eh,dia baru clash?"

"Eh,mamat tu encemlah.Yup,usha?"

Dalam hidup aku yang baru berapa belas tahun ni, rasanya belum pernah member rapat aku berkapel.Pendek kata aku nie di kalangan budak-budak nerd baik dan suci.Pernah jugaklah member aku suka kat sorang laki nie.Sahabat baiklah nak di katakan,semua member-member rapat tolong satukan.Tetapi,laki tu tuli agaknya tak nampak kebaikan dan kecomelan member aku ni.

Andai kata,kalaulah aku join aktiviti rahsia dorang nie,dah lama aku terajang laki tue.Pergh!sedap giler ayat aku ni.Tak pe,tak pe.Aku dengan laki tue tak rapat langsung.So,kebarangkalian laki tu bukak blog aku 0.001%.


   
Berbalik kepada tajuk.Apa yang aku observe di mata aku sendiri ni.Dorang kapel bukannya kapel betul-betul.Alah,yang orang slalu kate tu.Cinta Monyet.


Gah,aku benci monyet.Aku tak tau kenapa memang dari azali lagi aku dah tak suka.So,korang jangan buat entry pasal monkey plak.

Sambung balik,pernahlah masa form 1.Member perempuan aku clash dengan boyfriend dia depan mata aku dengan member2 yang lain.Time tu tak dak sangat orang dalam kelas dan tempat yang bagus untuk melafazkan perkataan CLASH.Laki tu macam tak percaya tapi akhirnya terpaksa menerima takdir.Aku tak tahu apa puncanya.

Yang paling tak sedap sekali,wall facebook aku tahun nie dah mula buat hal dah.Selalunya normal aje.Tiba-tiba,adalah sorang dua nie dah start.Gaduh jer,tulis status,tak sedap aku nak memandang wall aku.Bila clash,senyap....

"Jadi,kepada anda yang ada masalah dengan teman anda,saya nasihatkan diminta janganlah mengadu di wall facebook atau twitter atau sebagainya.Jika anda ada masalah ceritalah kepada saya.Kerana saya mungkin akan membantu anda ataupun kepada orang yang lebih berpengalaman seperti abang Zack."

Rasanya aku dah tulis banyak sangat dah ni.Tengkuk pun dah sakit.Kita sambunglah nanti.

Wednesday 18 January 2012

Hari ini hujan...

       Hari ini hujan.Kalau tengok dari ayat nie memang korang dah tahu kan masa aku tengah taip ni masa hujan + petir.Sebenarnya,aku malaslah nak update.Tapi,bila dua kali petir memang kuat giler...Aku rasa aku patut update.

     So,aku nak tanya korang.Kenapa ada orang takut petir?Aku kadang kala pelik.Macam mana bila dalam kelas pun..maksudnya selamatlah dari disambar petir,pun ada orang nak takut jugak?Lainlah kalau korang kat tanah lapang ke,tempat berisiko kena petir ke,ataupun bunyi petir kuat giler + ada cahaya muncul (kilat).


 

    Aku memang dari kecik memang tak takut petir.Pernahlah,masa tu aku darjah satu atau dua.Time rehat kat kantin sampailah masuk kelas.Aku tengok semua member-member aku,termasuk beberapa lelaki,time petir mesti cover telinga pastu tunduk.Aku pelik.Masa tue fikiran aku tak matang lagi,so aku heran kenapa member-member perempuan aku takut petir.Sedangkan aku tidak?

     Ada jugaklah member aku tanya soalan tue.Aku tak ingat aku jawab ape,tapi yang aku tahu aku tak takut petir.Lainlah kalau aku tengah balik sekolah,petir menyambung-nyambung.Kalau kat rumah plak,aku risau jugak petir kuat ya amat dengan cahaya dia boleh nampak kat tingkap.Aku takut nanti petir tu hijack letrik rumah aku jer.Rosak jugak internet dengan laptop.

     Sekarang nie paling aku tak pahamnyer adalah kenapa cikgu-cikgu aku hari nie,mood baik-baik belaka? Wah,perkara nie susah nak jumpa tau.Cikgu yang serius-serius siap buat lawak lagi.Kikikiki.Tapi,aku tak nak cerita lagi.Aku nak spend lama-lama.Pastu baru aku bukak.Banyaklah aku nak cite berlaku kat depan mata sendiri.

      Tapi,nampaknya anda perlu tunggu sekejap saja.Tak lama,hanya 2-3 tahun sahaja.Sekejapkan?

Ok.Sekarang nie aku nak pergi ke pengetahuan umum.Korang pernah dengar tak BATU PETIR?Kalau korang tak pernah dengar jangan risau,bahawa aku sendiri pun tak pernah dengar sampailah aku jumpa dengan pak cik pameran meteor...Sekarang nie baru aku tahu,batu meteor boleh didapati jika kita beli dari orang tertentu.

Ceritanya begini,mungkin entri aku panjang giler tapi bacalah sebab 24% kemungkinan cikgu tak cerita kat korang.Korang tahu kan petir ini asalnya panah malaikat yang menembak syaitan?Batu meteor nie sama saja. Pak cik tue cakap ada satu surah nie menyebutnya.Aku dah lupa surah apa.Korang tanyalah ustaz/ustazah korang.Kisahnya,batu meteor juga digunakan malaikat untuk menembak syaitan yang try-try nak pergi ke angkasa lepas.

     So,bila syaitan cuba naik ke angkasa,malaikat akan baling batu-batu itu.So,meteorite yang jatuh ke bumi boleh digunakan sebagai pendinding dari (gangguan syaitan) ayat yang aku bracket nie ayat yang aku tak sure.Entah kenapa pak cik tu boleh plak penyimpang ke tajuk batu petir.

    Aku tanya orang tu batu petir tue ape?Tak sangka bapak aku tau.Pak cik tue kata batu petir tue biasanya kat dalam pokok kelapa yang mati akibat dipanah petir.So,batu petir tue macam elok untuk gangguan.

p:s/korang checklah kat ustaz/ustazah kat mane-mane.kot-kot aku tersalah karang.Takut tersalah nie salah satu penyebab aku malas nak tulis pasal bab-bab agama.Yelah, kalau tersalah nanti karang, orang panggil ajaran sesat atau bahasa lembutnya yang cikgu aku cakap untuk orang yang tipu maklumat dalam internet iaitu dajjal.

   Tapi tak tahu kenapa aku hari nie alim sangat.Maybe,sebab aku selesa time ustazah aku mengajar.Tidak terasa stress.Tapi aku malam nie akan menjadi sangat stress kerana aku belum buat sehelai pun modul agama.Cikgu nak esok.Dalam dua tiga tajuk aku kena buat.Tulah Syah,siapa suruh jadi pemalas.


Last story,korang nak tau tak ape azam aku tahun nie.Azam aku simple jer.

"Be positive."

Lain kali aku sambung....