Tuesday 29 November 2011

Makanan/Food

     Hari itu aku cerita tentang jenis-jenis coklat kan? Hari ni aku nak cakap tentang makanan.Makanan favourite aku and makanan yang pernah aku makan.

Okey,first sekali....

1)Burger



Burger ni ramai orang suka makan kat Mc Donald.Tapi kalau masak sendiri aku rasa lagi sedap.Korang bolehlah cakap kalau kat rumah punya tak sesedap kat Mc Donald.Korang sendiri yang tak tahu nak mempelbagaikan burger tu sebab tu tak sedap.Kalau kakak aku masak burger,dia masak bukan cincai-cincai macam korang. Kalau kakak aku masak burger mesti ada perisa tambahan.Baru-baru ni,tengah-tengah malam,kakak aku tanya kat aku,"Kau nak burger tak?" Aku kata,"Naklah." Tak mungkin aku katakan 'TIDAK' kalau ada orang masakkan. Aku pun usyar-usyar masa kakak aku masak.

      Kakak aku masak burger tak guna minyak,tapi guna planta.So,letak planta 2 sudu.Cairkan,lepas tu masukkan daging burger.Tekan-tekan supaya planta tu meresap.Dah lama-lama(asalkan tak hangus),kakak aku letak lada sulah dengan sos perasa Maggie...Letak kat dua-dua permukaan tau!Masa letak lada sulah okey jer...Masuk jer sos perasa terus meletup (Jaga-jaga masa letak sos).Tekan-tekan...pastu korang agak-agak dah okey angkatlah.

    Sekarang ni tentang roti burger pula,roti tu disapu planta (sapulah sebanyak mana kau nak) pastu letak atas kuali.Dah okey,angkat.Trylah kat rumah taklah membazir aku nak tulis.

2)Cheezy Wedges



Makanan ni korang boleh jumpa kat KFC.Makanan ni kalau aku makan banyak kali memang tak muaklah (Kalau makan hari-hari,aku memang muak)Aku sure korang pun mesti suka makan Cheezy Wedges.Aku suka cheese cream dia.Kalau aku makan satu tu memang tak cukup.Siap jilat-jilat lagi dia punya cheese.


3)Chicken Chop


 Sedapnya chicken chop ~ ~ !Aku suka makan chicken grilled black pepper.Aku tak berapa suka Fried Chicken Chop.Bila sejuk dia liat.Chicken chop yang paling sedap aku makan kat Tesco Seri Alam.

 4)Fish n Chip


 Kalau aku bosan makan chicken chop,aku makan fish n chip.Boleh tahan rasanya.

 5)French Fries



 Kalau aku makan kentang atau nama saintifiknya French Fries.Aku suka makan yang macam dalam gambar. Kalau ikut timing,memang rangup.

 6) Sushi



Aku bukanlah suka sangat makan sushi.Tapi bila dua kali aku makan sushi,aku rasa macam tak nak makan. Sebenarnya aku tak suka makan pulut putih,sebab sushi ni majoriti pakai pulut.So,aku rasa aku tak berapa nak suka.

Okey,ni saja yang aku nak cakap.Sekian.


p/s : Don't share this entry without my permission.

Thursday 17 November 2011

PLEASE GIVE AN ATTENTION !!!!

     Now,I want to speak in english.Forgive me if I have some wrong spellings or grammar.I want to tell you guys a story in ENGLISH.

A STORY OF A LONELY GIRL PART 1 ( I GUESS SO..)

       I'm a girl,who is being lonely at the street.I'm a girl,who is so lonely without anyone notice it.

"Hello,Melissa!"

   Someone called out my name.I wonder is the owner.Oh?It was July.Why she was over here?

"Melissa,how are you today?"

She ask me?No way.She must talking with someone else.Well,I don't really care.
"Eh?"
July is waving her hand in front of my eyes.

"Melissa,do you hear me.I'm was talking to you."
"What?"
"I said it,I was talking to you."
"Oh?I'm sorry."

Eh?Did I just talking with someone?

"Hey,Melissa.What with that face?Are you bored?"
She asked me.
"Ummm..I.."

"Never mind.Let's do something fun!"

"Um,something fun?" I was a little confuse.
"I will show you to the place that I like the most!" She grabbed my hand and pull me.

"Wait,I still..." I wanted to refuse it but why?But why my hearts is feeling so light?

I also feel that I want to being like this for a long time...

               Oh,tell me.What is this feeling?



P/S : Okey macam tu lah ceritanya.....Ikutilah sambungannya selepas ini..

Saturday 12 November 2011

Kisah Aku Semasa Peperiksaan,Sedangkan Aku Berada Selepas Peperiksaan

             Ah ha ha ha...Walaupun aku sudah habis periksa,aku tetap mahu menyatakan bahawa aku akan menceritakan kisah semasa periksa...

           Pada suatu masa ini.aku tengah ujian apa entah...aku berasa pelik.Kenapa orang sebelah aku asyik pandang aku je.Aku buatlah tak layan.Tak lama kemudian..aku terasa  ada sesuatu yang keras terkena dekat bahu sebelah kiri aku...Tanpa membuang masa aku pusing ke belakang aku melihat orang belakang aku memohon maaf lalu menunjukkan orang yang sebelah.Rupa-rupanya orang yang sebelah tu nak minta air..Aduss. Terkena highlight tu...Mana tak sakit..Nasib baik sekejap je sakitnya...Tak apalah aku tak marah pun...

          Aku lompat balik ke peperiksaan lagi satu..Masa pertengahan tahun..Aku tak tahu kenapa..Masa aku jawab soalan BM kertas 2...Ada 4 soalan..Ringkasan,Huraian,Karangan,Kajian Novel...Masa tu aku tak tahu kenapa aku malas sangat..Selepas Huraian...Sebelum Karangan....Pendek kata pertengahan itulah aku boleh berangan.Lama pula tu...Lepas aku sedar aku cepat-cepat buat.Masa aku siap tu..Masa habis lagi 5 minit...

Jadi berbalik pada peperiksaan yang sekarang  ni...aku dah dapat kertas BM 2...Aku dapat B...Apa nak buat dah nasib...'


 Ini dia karangan aku...SOALAN NO.5 - CERITA BERDASARKAN PERIBAHASA 

      Amir mencapai buku lalu membukanya.Baginya tiada apa yang perlu dimain-mainkan lagi memandangkan peperiksaan hampir dekat.Amir merupakan pelajar kelas depan paling depan tetapi dia merupakan pelajar yang mendapat nombor paling belakang apabila tibanya sesuatu peperiksaan.

     Banyak yang tidak dapat difahaminya bukan kerana dia tidak belajar tetapi kerana rakan sebelahnya yang selalu mengajaknya berbual.Amir tidak dapat menolaknya kerana takut untuk mengecilkan hati rakannya.

     Amir menyelak helaian buku itu,Tiada apa yang boleh difahami dengan sendiri.Akhirnya dia menutup buku itu lalu tidur di atas katil.

       Keesokan harinya,Amir tiba di sekolah dengan penuh azam untuk menumpukan perhatian di  dalam kelas,tetapi bila tiba masanya dia tidak dapat mengelaknya kerana topik yang diperbual adalah perkara yang diminatinya.

     Setelah tamat persekolahan,Amir terus pulang ke rumah lalu merebahkan dirinya di atas katil.Amir bingung memikirkan tentang peperiksaan yang hampir tiba.Dia terus bangun dan membuka komputer.Ketika membuka laman sosialnya,Amir terpandang satu nama,Maria,itulah nama guru kelasnya.Cikgu Maria menulis bahawa kelas tanbahan akan diadakan tidak lama lagi dan Amir memikirkan inilah peluangnya.

    Kemudian,Amir menutup laman sosialnya dan membuka laman sesawang yang lain.Amir tertarik dengan suatu kisah.Amir memikirkan dia akan dapat elakkan berbual di dalam kelas jika dia menggunakan salah satu bahagian di dalam cerita itu.

         Tiba keesokan harinya,waktu guru sedang mengajar,rakan sebelahnya mengajaknya berbual lagi. Dengan apa yang dia rancangkan malam tadi,setiap kata-kata dan soalan rakannya dijawab dengan sambil lewa seperti .'Hmn','Hm?','Mn.'

          Selepas beberapa soalan akhirnya rakannya mengalah dan Amir dapat menumpukan perhatian di dalam kelas.Amir juga ada bertanyakan Cikgu Maria tentang kelas tambahan itu.

        Dengan penuh kesabaran,Amir menahan rasa panas dan mengantuk ketika di kelas tanbahan.Amir juga cuba mengurangkan berbual walaupun itu perkara yang diminatinya.

        Setelah tiba peperiksaan,Amir dapat menjawab dengan tenang.Akhirnya,Amir mendapat kedudukan sepuluh terbaik di dalam kelasnya.Bak kata pepatah ' Bara api yang digenggam,biar sampai menjadi arang'.


SEKIAN,