Wednesday 1 August 2012

Di Sebalik Penipuan


            Ada udang di sebalik batu.Itulah kata pepatah yang menunjukkan orang yang ada muslihat dan agendanya yang tersendiri.Dalam kehidupan seharian,kita masih tidak boleh mengelak dari berbohong.Kadangkala,berbohong itulah yang menjadi rutin harian kita.Mari kita ikuti siri pembohongan kita bersama-sama.Eh!?Lain macam je ayat.
               
Siri 1:Nasi Sudah Menjadi Bubur (Part 1)
            Salman sedang baring di atas katilnya.Dia memandang ke arah dinding lalu memejamkan matanya.Kedengaran sayup-sayup suara seseorang.
“Salman…Salman…Salman..”
            Suara itu milik seorang wanita.Lembut memanggil namanya.
“Woi,Salman!”
            Salman terkejut lalu terbangun.
“Amboi,amboi,amboi..Sedap-sedap aja kau tido tengah hari buta ni.”
Salman memandang ke pintu lalu membalas,”Ala,mak.Baru pukul berapa…Awal lagi ni.Kalau tido sejam dua pun boleh lagi.”
            “Cengkadak kau,dah pukul dua kau boleh kata awal lagi.Pigi mandi sana ! Lepas tu,cari kerja,”tengking Mak Leha.
Salman mengeluh,”Macam mana nak cari kerja?Interview sana,interview sini,semua kena reject.”
            “Tulah kau,masa sekolah dulu malas belajar.Kang skarang dah susah,”balas Mak Leha sambil mencekak pinggangnya.
“Itu dulu,sekarang lain,”jawab Salman.
            “Ala,banyaklah kerja kat kampung ni.Tu,kat hujung kampung sana nun,ada kebun Haji Ali.Tolonglah menebas ke,tebang pokok ker,dah boleh dapat upah,”kata Mak Leha.
“Berkebun?Kerja tu dah ketinggalan zamanlah,mak.Orang zaman sekarang kerja pakai computer,duduk bawah aircond….”
            “Kalau macam tu,cepatlah cari kerja sana! Kat bandar tu banyak peluang pekerjaan.Hanya kau sorang jer yang malas.Kau ingat kerja tu datang bergolek macam tu jer?No way,”sampuk Mak Leha.
“Aik!?Ber ’speaking’ nampak,” gurau Salman.
“Yelah,mak hari-hari belajar speaking dengan Cikgu Nora.Kau tu apa ada?Periksa dapat D,”jawab Mak Leha.
            Salman termenung dan kemudian bercakap keseorangan sementara maknya membebel,”Nora….”
            Tiba-tiba, background bilik dah bertukar menjadi pantai.Salman bersandar di sepohon pokok.

Music Start !

Nora…
Tiap-tiap kali ku mendengar namamu
Terasa bagaikan berada di syurga
Bunga-bunga mekar di hati ini
Apakah ini cinta?
Jikalau tidak,apakah jawapannya?
Nora…

Salman terkejut,”Eh,hujan?”
            “Salman,bangunlah!,”jerit Mak Leha sambil menyimbah air dalam baldi.
“Wa,bertenang mak.Salman pergi mandi sekarang,”jerit Salman sambil berlari keluar dari bilik.
Mak Leha meletakkan baldi ke bawah,”Ish,budak ni.Kerjanya asyik berangan saja.”

Tuesday 31 July 2012

Karya (Fan Fiction,Cerpen,Novel)

Cerpen

Fan Fiction 
Citer Yang Telah Di Spoil 
Part 1 
Part 2

Novel
A Story Of A Lonely Girl
Part 1




Di Sebalik Penipuan
Siri Satu
Part 1

Wednesday 27 June 2012

Hari Ini Lebih Baik Semalam,Esok Lebih Baik Daripada Hari Ini

      Pernah dengar tak pepatah kat atas? Hari ini lebih baik dari semalam,esok lebih baik dari hari ini.Tapi,bagi aku esok lagi teruk dari hari ini.Kenapa aku kata esok teruk?Sebab esok ada sukantara.

    Sukantaranya bukan macam budak-budak tadika (aku pernah masuk sukantara masa tadika,pertandingan bawa tin pakai penyodok ) Yang ni sukantara kena lari dan lompat jauh.

     Kalau berlari aku bolehlah tahan.Ala,baru 100 meter jer kot.Tak da chance tak buat-buat semput.Yang aku menggelabahnya ialah lompat jauh.Kalau sekolah rendah paling takut lompat tinggi,sebab lompat jauh aku memang terer.Tapi malangnya tak tercalon sebab ada orang lagi terer.Lepas tu,naik darjah 5,6 sampailah sekolah menengah bakat ke'atlet'anku makin pudar.Berat badan bertambah agaknya sebab tu lah tak dapat 'terbang' jauh.

      Kalau lari,tengoklah keadaan aku pada keesokan harinya.Kalau aku tenang maka lajulah aku lari.Tahun lepas pun aku nasib-nasib hampir time limit.Tapi,aku tak perlu risau sebab aku seorang yang unik.

     Perkara ini diakui sendiri oleh rakan sekelas aku kerana masa buat latihan KOMSAS orang lain buat atas meja,tapi aku buat atas kerusi.Terduduk kat atas karpet.Nak cari idealah nak dikatakan.Penting ceramah hari ini yang bertajuk 'Anti Zina'.Kelakar betul ustaz yang bagi ceramah.Bila dengar dia buat lawak+ketawa,habis satu dewan gelak.Rugi betul siapa yang tak datang.Tapi,tak taulah ceramah minggu depan pasal apa.

    Entah kenapa,hari ni kantin sekolah buat menu baru untuk makan tengah hari.Mini donut ring atasnya disaluti coklat cair dan ditabur topping bintang.Oklah,tapi tak berapa sedap sangat.Hari ini aku juga ada perasan.Kenapa budak sekarang ni pendek-pendek,montel-montel ? Ramai budak petang macam tu.Adakah mungkin kerana makanan segera yang berlebihan ataupun tak suka minum susu putih. (Aku suka minum susu putih,kalsium)

 Biasanya kalau aku balik sekolah aku selalu beli makanan ni =

  • Chicken Floss
  • Susu putih Dutch Lady
  • Roti Krim Coklat Gardenia
  • Roti Sambal Ikan Bilis Gardenia
  • Milo (Cal)   
Yang tu semua favourite aku.Aku jarang beli jajan.Selalunya aku beli roti.
     Agaknya esok aku nak belilah makanan favourite aku.Air liur tengah meleleh ni.

Adieu !

Monday 4 June 2012

Selamat Hari Jadi,Syah !

Malam semalam,aku termenung di restoran mamak yang riuh-rendah itu.Aku teringat!Keesokkan harinya adalah hari yang penting buatku.Tapi,aku berpura-pura tidak mengingat kerana bulan lepas dah 2-3 kali aku makan kek.

     Tetapi,hari ini aku teramatlah sibuk.On laptop,Sign In Facebook,usha Notification.Masih Zero.Bukak tab lain,Bukak web lain...just to kill time.Aku tengok lagi kat notification.Satu Notify dari UMIE NADIA.Katanya,happy birthday.Ok,aku balas.Pastu,datang lagi banyak.Ok,fine.Aku balas.Pastu,datang lagi.Ok,aku sabar dan balas balik.Datang banyak lagi....

"Wah,wah,wah,nak cari gado nampak"

Tapi aku tetap balas.I'm a patient person.Lepas itu,Notification terhenti.

     "Tak ramai pun yang wish aku taon nie,taon lepas time aku tak de tenet punyelah ramai wish.Aku ade tenet jer dah tak der."

Tapi tak per.I'm a patient person.

Aku sabar menulis entry ini sambil mendengar lagu Kufufu No Fu dgn Gr8 Story.Saja je nak memekakkan telinga.

    Tapi,aku masih sabar.Today is Monday.My favourite manga chapter will come out within Wednesday and Thursday.But,don't worry.I'm a patient person.Now,I am listening another song,Easy Go by Kazuki Kato.

    Today is my birthday.So,aku secara biologinya dah masuk 15 tahun.Umur semakin meningkat.Tapi,still the same person.

Tapi,aku masih tak mengupdate novel aku.Apa citernya aku dah tak ingat.Senang menumpukan pada Rebocon.Entry masih pendek.Selalunya pakai template lama dah cukup panjang dah.Template semakin widerlah nak dikatakan..

Apa-pun,aku mengucapkan Happy Birthday untuk diri aku sendiri.

Happy Birthday,Syah !  



Friday 1 June 2012

Learning Language Is Fun !

         Today I want to speak in English.

But,why?Why don't Japanese?
     
         Because I still a pathetic Japanese speaker.I only know how to say Japanese'simple phrases.Something like "Ogenki desuka?" and "Onamae wa?" and "Ya,mata" and something like that.

But,why?Why don't Italy? 


       Because I only know Italian's simple words.Example,"Verde" and "Adieu" and "Rosa".

But,why?Why don't France? 


       Truthfully,I only know the word "Bonjour".

But,why?Why,don't Malay? 


       Mr. Purple,sit down,shut up and listen!

Straight to the point,why am I want to post this kind of entry?

"Dunno."

~ THE END ~


P/S: sapa pulak Mr. Purple tu?

Wednesday 23 May 2012

Walaupun Hanya Terlewat Sehari....

          Aku telah terlewat sehari.Kenapa?Sebab birthday bestfriend aku semalam iaitu 22 Mei 2012.Pemilik tarikhnya ialah orang ini --> aejar .Kenapa aku boleh terlewat sehari?Ok,bagus soalan tu,jawapan aku kali ni memang stupid.Sebab aku sangkakan b'daynya 25 Mei.Bila tengok blog dia jer ,"What the tarikh!"

        Lepas tu,aku pandang siling hati aku menjerit ,"Tidakkkk!!!!!!!!!"
Hah,giler!Hajar,aku ingatkan tahun nie aku nak kasi hadiah Cocopie.Tapi,tak pelah..tunggu tahun depan.Mana taknya kelas terpisah bagai langit dengan bumi.
Aku kasi kau gambar jelah..

Tahun depan ingatkan aku tau,nak bagi hadiah cocopie.Tapi,kalau dah pindah sekolah,jangan harap nak dapat.

Apa-apa pun..

     Happy Birthday to you,Hajar! 







Tapi,bulan depan jangan lupa b'day kite tau !

Rasanya entry aku pasal birthday jer.Da,da.Adalah wajib hukumnya untuk menamatkan entry bila tak de idea.


THE END ~~!

Tuesday 24 April 2012

Semuanya Serba-Serbi Baru

       Aku tengok pada stats aku... Rupanya ramai gak yang baca cerpen ala kadar aku.Walaupun tajuknya lame giler tapi semakin menakutkan stats yang aku dapat.Walaupun aku dah lama tak bukak blog,tapi korang yang sudi membaca,sangat rajin membuka blog.Terima kasih !

      Lain kali kalau aku tulis cerpen aku buat berdasarkan peribahasa jelah.Best sikit ek? Peribahasa apa yang aku patut buat.Korang-korang berilah cadangan sikit.

    Semuanya serba-serbi baru.Blogger already change into a new look.But it destroy my mind into a new confusing.Makin lama makin pening pulak aku tengok blog new look nie.Aku nak buat blog member aku lagilah pening.Nasib baik berdasarkan kecerdikan dan kesabaran aku,aku telah berjaya akhirnya.

     Beberapa hari yang lepas,cikgu BM aku suruh aku bersama satu kelas buat satu surat untuk pertandingan anjuran Pos Malaysia.Dengar soalan dia je dah buatkan aku putus asa.

Soalan :
Tuliskan sepucuk surat kepada datuk anda tentang kebaikan internet pada hari ini.

      "Wow!"
 Ha,ha,ha,cantik betul soalan tu.Mana aku nak cari point dia.Biasanya kalau bab menulis nie,kalau aku terlebih idea terkeluar dari tajuk.Kalau tak ada idea,tak cukup dari tajuk.Nyam,nyam,nyam.

     Cuti pertengahan tahun tinggal lagi lima minggu.TETAPI,ujian pertengahan tahun tinggal lagi tiga minggu jer.Waaaa~~!!!

     Pao~! Tiba-tiba kepala aku rasa sakit pulak.Itu menandakan....
It's for the Reborn's time !





Tuesday 3 April 2012

Yang dikejar tak dapat,yang digendong berciciran

     Zahid melihat keadaan di sekelilingnya yang amat riuh.Tiba-tiba tangan seseorang menerpa dibahunya.
“Termenung jauh nampak~~?” tanya Zakiah pada masa yang sama cuba mengejeknya.
      “Mana ada!” jawab Zahid marah-marah..
“Kenapa dengan awak ni? Sejak kebekalangan ni,awak ni asyik marah-marah kat kita je?” komen Zakiah memuncung lalu duduk disebelah Zahid yang sedang duduk di bangku kantin sekolah.
      “No comment,” jawab zahid ringkas.
“Oi,Zahid. Don’t be so harsh to your girlfriend,” kata Amir yang tiba-tiba muncul .
“Apa yang awak tengok tu?” tanya Zakiah lagi sambil melihat ke arah mana yang Zahid lihat.
      “Padang?Awak tengok apa kat padang tu?”kata Zakiah dengan penuh tanda tanya.
“Tak ada apa-apalah.Dah,aku nak gi beli makanan sekejap,”kata Zahid sambil berlalu pergi manakala Zakiah masih lagi memandang ke arah padang.Pandangannya jelas menunjukkan yang dia sedang memandang seorang budak perempuan.
      “Kenapa,Zakiah? Awak nampak macam sedih je?” tanya Amir mula terperasan sesuatu.
“Tak ada apa-apalah,” jawab Zakiah lemah lalu pergi dari situ.
      “Hmm,mesti ada apa-apa ni,”kata hati Amir.

Waktu balik….
      Ketika semua pelajar sudah pulang ke rumah,kedengaran sepasang suara yang amat kuat.
“Kita bukannya nak kongkong awak,Zahid.But,this year we’ll take our SPM examination! I just want you to pay attention to your studies,” kata Zakiah dengan kuatnya.
      “Do I care? Zakiah,please don’t interfere with my own problem,ok?” jawab Zahid sambil memegang kepalanya.
      “But, I’m your girlfriend,Zahid ! Your problem is my problem,too!” balas Zakiah dengan pantasnya.
“Shut it already.Pening kepala saya dengar awak membebel,Zakiah.Ok,fine.Right here,right now,we clash!” kata Zahid dengan kuat lalu berlalu pergi.
      “Zahid,listen here! You must pay attention to your studies.Not at her!” jerit Zakiah sambil menangis cuba menyedarkan Zahid.
“Who’s ‘her’ ,Zakiah?”tanya Amir yang muncul tiba-tiba.
      “Amir,bila awak muncul?” tanya Zakiah sambil mengesat air matanya.
“Sudahlah,Zakiah.Lupakan sajalah si Zahid tu.By the way,siapa perempuan yang awak cakap tu?” tanya Amir pada masa yang sama sedang memujuk Zakiah.
      “Oh,dia….” Jawab Zakiah.

“Mamak,teh tarik dua! Sama roti tisu satu set,” kata Amir dengan kuatnya.
      “So,Zakiah.Itu je ke problem Zahid?” tanya Amir.
“Yes.”
“Tapi,tak apa ke awak keluar dengan saya?” tanya Amir lagi.
“Dah kena clash dah pun.”
      “Situasi awak sekarang sama macam dalam novel-novel melayu,drama-drama melayu gitu,” ujar Amir sambil tersenyum,”Straight to the matter.Apa kata awak lupakan saja Zahid tu.Lagipun,awak akan hadapi SPM tu.”
“Amir…” hati Zakiah berbisik perlahan.

Keesokkan harinya,Zakiah datang ke sekolah seperti biasa.Namun,Zakiah terpaksa berbuat tidak mengenali Zahid demi untuk SPM yang tinggal lagi tiga bulan.
“Nampak macam betul-betul tak nakkan aku je.Tak pe,aku ada chance lah nak pikat budak tu,”kata hati Zahid.

Dua minggu kemudian,ketika Zakiah yang kebetulan pergi ke sekolah awal,dia terdengar beberapa orang pelajar kelas sebelah berbual.
“Hei,kau dengar tak berita terbaru tu?”
“Berita yang mana?”
“Alah,budak kelas sebelah kita tu lah.Zahid.Aku dengar dia bercouple dengan si Erna tu.”
“Bukankah si Erna tu dah bercouple ke?”
“Yelah,lepas tu clash.Al-maklumlah Zahid tu kan lebih hensem dari ex dia tu.”
“Ye tak ya jugaklah.”

      Zakiah berlalu pergi.Baginya,hatinya masih lagi terluka dengar kata-kata Zahid hari tu.
Ketika waktu pembelajaran,Zakiah memandang ke belakang.Melihat Zahid yang sedang berangan.Zakiah memandang ke depan. “Betul kata Amir,aku kena lupakan Zahid.”

Selepas waktu persekolahan tamat,Zahid sedang berdiri di pagar hadapan sekolah.
      “Hei,you~~!!”kata seseorang cuba mengejutkan Zahid.
“Ah,Erna.Don’t surprise me like that,”kata Zahid.
      “Baby,I just want to tease you,”balas Erna.
“Dah,dah,jangan merajuk pula,”pujuk Zahid. “Tapi,hari ini bukankah ada extra class?”
      “Well,Zahid.We still have a lot of time.Let’s have some fun,okay~?” kata Erna tergedik-gedik.
“But..”
“Zahid,I tak nak kawan dengan you nanti,” ujar Erna tergedik-gedik lagi.
      “Yelah,yelah.”

Sebulan sebelum SPM…
      Zahid terjumpa sepucuk surat dibawah mejanya.

Kepada Zahid,
      Zahid,saya tahu yang awak tak sukakan saya lagi.Tapi,saya masih nak mengingatkan awak tentang SPM yang akan datang dalam masa sebulan.Saya harap awak dapat minat belajar lagi.Saya masih teringat lagi yang awak pernah berkata bahawa awak nak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan menyambung pelajaran hingga mendapat PhD.Awak juga yang katakan bahawa itu adalah impian awak sejak kecil lagi.Saya harap awak masih lagi ingat akan impian yang awak harapkan itu.
                                                                Ikhlas daripada,
                                                                  Zakiah

Setelah habis membacanya,Zahid terus mengoyak surat itu.Dia kemudian membuangnya dalam tong sampah lalu pergi mengikut pintu belakang.Tanpa disedari,rupa-rupanya Zakiah sedang memerhati dari blok sebelah.

Seminggu sebelum peperiksaan,
      “Wei,Zahid.Minggu depan SPM.Kau tak belajar lagi ke?”tanya salah seorang rakannya.
“Malaslah aku.Sekarang ni aku hanya tumpukan perhatian aku kepada Erna dan impian aku sekarang ni ialah untuk bersama dengan Erna sampai ke tua,”jawab Zahid sambil menggerakkan tangan sebagai tanda isyarat badan.
      “Lantak kaulah,beb.Tapi,aku nak ingatkan kau je,”kata rakannya lagi.

Akhirnya SPM tiba,semua pelajar menjawab dengan penuh teliti.Begitu juga dengan Zakiah.Setelah lama kemudian,keputusan telah keluar.Zakiah mendapat keputusan yang amat cemerlang.
Kesudahannya,penamat yang sedih buat Zahid.Dia hanya mendapat keputusan yang memberansangkan.Lebih malang lagi,setelah tamat sekolah,Erna telah curang kerana terjumpa dengan lelaki lebih kacak dari Zahid.Hidup Zahid hanya penuh dengan sesalan.
      Jika dia mendengar nasihat Zakiah,sudah tentu apa yang dikejarkan akan dapat dikecapi.Tetapi,hanya kerana berharap pada impian yang belum tentu menjadi kenyataan,hidupnya musnah.





Friday 30 March 2012

Minat Baru

           Ciaossu!

 Sekarang aku dah ade minat baru.Tajuknya 'School Rumble'!!!


Citer nie dah pernah di tayangkan kat ntv7.Tapi sekarang aku rasa dah tak ada lagi.Citer nie punyelah gempak.Episod pertama yang aku tengok dah terbahak-bahak tahap gila-gila.

          Kalau korang tak caya cuba pi tengok.Paling-paling sekali part Tenma bawa basikal laju-laju tue.Formula One pun kalah.

Oh?Siapa Tenma?Ini dia...


         -Tsukamoto Tenma
         -Heroin lembab tahap gaban
         -Punca segala lawak yang keterlaluan
         -Mencintai orang lain dan dicintai orang lain
         -Ada adik perempuan yang nampak macam kakak
         -Kalau aku tulis banyak lagi takkan habis... CUT!

       Sambil-sambil aku promote nie korang tengoklah.

CAUTION : THIS STORY IS FUNNY TO THE EXTREME!


So,aku rasa aku nak comment pasal diri aku nie.Aku nie tak suka baca citer sedih contohnya macam nie ,tapi aku suka giler buat citer sedih yang buatkan orang menangis.

Alamak!Terpanjang plak.

Baik aku hentikan sekarang...
                                                  SEE YOU AGAIN!!

Wednesday 28 March 2012

A Brand New Theme!

       Ciaossu!

          Hari ini aku membuat satu pengumuman.Setelah sekian lama aku menyepi,akhirnya aku kembali berblogging.With a brand new theme!

       Kalau dulu theme aku Alice In Wonderland dan Pandora Hearts.Sekarang,theme aku adalah KATEKYO! HITMAN REBORN.Apa?Korang tak pernah dengar? Hari Sabtu nanti,tv8,pukul 3.00 petang.... Korang tengoklah citer tue.
    
       Ceh!Sempat aje aku promote.Mesti ramai kan peminat citer nie?Sekarang aku dan member-member aku tengah tergila-gilakan citer nie.K-pop dah tak mainlah der.Sudah ketinggalan zaman (eceh,sesedap mulut aku jer cakap macam tue) Maksud aku,sekarang dah tak berapa nak rasa lagi gelombang Hallyu.

      Dulu bolehlah... terasa kesan gelombangnya macam Jepun kena tsunami.Gelombang besar datang,besar kesan muncul.Gambar yang aku letak nie baru pendahuluan.Kang aku tambah banyak lagi.

         Aku nak tukar template/background barulah.... Tapi masalahnya internet aku nie slow tahap siput sedut.    
Nak tunggu dia loading berjam-jam.Akhirnya,aku letak gambar jelah.

Kalau tengok pada header aku......Sesiapa yang berani melanggar Hibari punye rules..... KAMIKOROSU!

         Echeh,ter'over' plak.Tak pe,tak pe.Lepas nie aku UPDATE TO THE EXTREME!!!!!!!!

Alamak!? Tertiru gaya Ryohei plak.Em... Pengaruh Vongola terbawa-bawa ke sini plak.

      Jadi,sesiapa yang juga meminati citer Katekyo!Hitman Reborn... Please let me know,ok?

Fine,dengan jujur aku mengatakan bahawa aku dah tak ada idea lagi.

                   Kita jumpa lagi lain kali.Ciao,Ciao!

Monday 13 February 2012

Soalan Sivik Dan Cara Menjawabnya

          Soalan ni adalah adalah soalan sivik yang aku dapat pagi tadi.3 soalan je.Sikit kan ?

Soalannya  
1)Ayah anda penat setelah pulang dari pejabat,namun anda mahu meminta batuannnya untuk menghantar anda untuk  ke rumah rakan sempena majlis hari jadinya.

2)Ibu anda sakit dan tidak dapat memasak.Anda pula telah menjemput rakan untuk makan tengah hari di rumah.

3)Adik anda ingin menggunakan komputer.Pada masa yang sama,anda sedang menyiapkan projek Geografi.


Jawapan Yang Rasional
1)Saya akan tunggu ayah hilangkan penat beliau dahulu sebelum meminta ayah hantarkan saya.Kalau terlambat ke majlis hari jadi rakan saya,saya akan meminta maaf.

2)Saya akan mencuba untuk memasak setakat mana yang boleh.

3)Saya akan meminta adik untuk menunggu dahulu sehingga saya menyiapkan projek Geografi.


Jawapan Yang Terbaik
1)Mula-mula saya akan membuat lawak 'hu ha,hu ha' sehingga ayah saya ketawa terbahak-bahak.Orang yang ketawa terbahak-bahak akan dapat melupakan rasa penat.Anda tidak setuju?Itu tipu namanya sebab saya sudah banyak kali berlaku.Kalau saya terlambat sekalipun,saya tertentu sudah menyiapkan hadiah yang special dan pastinya si dia akan lupakan tentang saya yang datang lambat.

2)Sebelum rakan saya tiba,saya akan ke restoran berdekatan untuk membeli nasi bungkus dan menghidangkannya di atas pinggan seolah-olah saya yang memasaknya.

3)Get lost.


P/s: mana azam aku untuk mengurangkan update blog nie?Mane?Mane?

Thursday 2 February 2012

Bila besar nanti korang nak jadi ape?

     Bila besar nanti korang nak jadi apa?Hah,hah!Tak dapat nak jawab.Aku pun tak tau bila besar nanti nak jadi apa..

     Bila diingat balik,ada jugaklah aku selalu jumpa ayat nie ,"Impian budak perempuan bila dia kecik adalah menjadi seorang puteri.."

Okey,siapa yang ada pasang niat macam tue sila angkat tangan..Tapi quote tu agak betul jugak.Budak kecik selalu diMOMOKan dengan citer-citer dongeng inggeris macam Cinderella,Snow White dan banyak lagilah.





      Biasanya citer-citer begini diakhiri dengan happy ending.Tapi,paling aku tak maafkan giler bile aku baca cite Rapunzel.


 Ade masa tu,aku kecik-kecik lagi,darjah satu atau darjah dua gitu,aku pergi baca buku nie kat library sekolah.Aku bacalah dengan penuh khusyuk sekali.Sampai satu tahap.. masuk jer ending. Ade ker patut lepas putera tu selamatkan puteri tue...Putera tue tu kena sihir terus jadi buta.Memang tak boleh diterima langsung!

Lepas tue,aku terus avoid dari terus membaca citer Rapunzel sampailah aku tengok citer Rapunzel versi Barbie.Hah,time tu aku dah boleh terima citer Rapunzel.Bila dah expert sikit guna internet,aku dah tak mainlah citer dongeng omputeh nie, aku sekarang layan citer omputeh yang ditwistkan oleh mangaka Jepun.

1)Alice in Wonderland (Japanese Twisted Version)



2)Snow White (Japanese Twisted Version)



 Wah!Minat giler aku dengan hero citer kat atas nie... Mukanya sweet seh,macam Natsume.Eh?nampaknya point aku nie dah lari dari tajuk.

 Entah kenapa,walaupun salah satu azam aku taon nie adalah untuk mengurangkan update blog,tangan aku semakin gatal pulak nak update.Nie dah melebih dah nie.Tak pe,tak pe, walaupun mengupdate blog dikurangkan tetapi main internet dengan facebook tetap sama.Hehehehe..

Ok,ok,dah,dah.Terlampau banyak dah....



p/s:Ade member aku kate entry aku tak best,betol ke?

Sunday 29 January 2012

Boyfriend...

Boyfriend atau nama saintifiknya Teman Lelaki.Selalu dikaitkan dengan insan bernama perempuan.Mesti korang tertanya ape kena dengan istilah boyfriend nie.Okey,jom kita terokainya bersama-sama.

Kalau korang sekolah menengah,mesti korang selalu dengar cite.

"Eh,dia tu kapel dengan dia tu"

"Eh,dia baru clash?"

"Eh,mamat tu encemlah.Yup,usha?"

Dalam hidup aku yang baru berapa belas tahun ni, rasanya belum pernah member rapat aku berkapel.Pendek kata aku nie di kalangan budak-budak nerd baik dan suci.Pernah jugaklah member aku suka kat sorang laki nie.Sahabat baiklah nak di katakan,semua member-member rapat tolong satukan.Tetapi,laki tu tuli agaknya tak nampak kebaikan dan kecomelan member aku ni.

Andai kata,kalaulah aku join aktiviti rahsia dorang nie,dah lama aku terajang laki tue.Pergh!sedap giler ayat aku ni.Tak pe,tak pe.Aku dengan laki tue tak rapat langsung.So,kebarangkalian laki tu bukak blog aku 0.001%.


   
Berbalik kepada tajuk.Apa yang aku observe di mata aku sendiri ni.Dorang kapel bukannya kapel betul-betul.Alah,yang orang slalu kate tu.Cinta Monyet.


Gah,aku benci monyet.Aku tak tau kenapa memang dari azali lagi aku dah tak suka.So,korang jangan buat entry pasal monkey plak.

Sambung balik,pernahlah masa form 1.Member perempuan aku clash dengan boyfriend dia depan mata aku dengan member2 yang lain.Time tu tak dak sangat orang dalam kelas dan tempat yang bagus untuk melafazkan perkataan CLASH.Laki tu macam tak percaya tapi akhirnya terpaksa menerima takdir.Aku tak tahu apa puncanya.

Yang paling tak sedap sekali,wall facebook aku tahun nie dah mula buat hal dah.Selalunya normal aje.Tiba-tiba,adalah sorang dua nie dah start.Gaduh jer,tulis status,tak sedap aku nak memandang wall aku.Bila clash,senyap....

"Jadi,kepada anda yang ada masalah dengan teman anda,saya nasihatkan diminta janganlah mengadu di wall facebook atau twitter atau sebagainya.Jika anda ada masalah ceritalah kepada saya.Kerana saya mungkin akan membantu anda ataupun kepada orang yang lebih berpengalaman seperti abang Zack."

Rasanya aku dah tulis banyak sangat dah ni.Tengkuk pun dah sakit.Kita sambunglah nanti.

Wednesday 18 January 2012

Hari ini hujan...

       Hari ini hujan.Kalau tengok dari ayat nie memang korang dah tahu kan masa aku tengah taip ni masa hujan + petir.Sebenarnya,aku malaslah nak update.Tapi,bila dua kali petir memang kuat giler...Aku rasa aku patut update.

     So,aku nak tanya korang.Kenapa ada orang takut petir?Aku kadang kala pelik.Macam mana bila dalam kelas pun..maksudnya selamatlah dari disambar petir,pun ada orang nak takut jugak?Lainlah kalau korang kat tanah lapang ke,tempat berisiko kena petir ke,ataupun bunyi petir kuat giler + ada cahaya muncul (kilat).


 

    Aku memang dari kecik memang tak takut petir.Pernahlah,masa tu aku darjah satu atau dua.Time rehat kat kantin sampailah masuk kelas.Aku tengok semua member-member aku,termasuk beberapa lelaki,time petir mesti cover telinga pastu tunduk.Aku pelik.Masa tue fikiran aku tak matang lagi,so aku heran kenapa member-member perempuan aku takut petir.Sedangkan aku tidak?

     Ada jugaklah member aku tanya soalan tue.Aku tak ingat aku jawab ape,tapi yang aku tahu aku tak takut petir.Lainlah kalau aku tengah balik sekolah,petir menyambung-nyambung.Kalau kat rumah plak,aku risau jugak petir kuat ya amat dengan cahaya dia boleh nampak kat tingkap.Aku takut nanti petir tu hijack letrik rumah aku jer.Rosak jugak internet dengan laptop.

     Sekarang nie paling aku tak pahamnyer adalah kenapa cikgu-cikgu aku hari nie,mood baik-baik belaka? Wah,perkara nie susah nak jumpa tau.Cikgu yang serius-serius siap buat lawak lagi.Kikikiki.Tapi,aku tak nak cerita lagi.Aku nak spend lama-lama.Pastu baru aku bukak.Banyaklah aku nak cite berlaku kat depan mata sendiri.

      Tapi,nampaknya anda perlu tunggu sekejap saja.Tak lama,hanya 2-3 tahun sahaja.Sekejapkan?

Ok.Sekarang nie aku nak pergi ke pengetahuan umum.Korang pernah dengar tak BATU PETIR?Kalau korang tak pernah dengar jangan risau,bahawa aku sendiri pun tak pernah dengar sampailah aku jumpa dengan pak cik pameran meteor...Sekarang nie baru aku tahu,batu meteor boleh didapati jika kita beli dari orang tertentu.

Ceritanya begini,mungkin entri aku panjang giler tapi bacalah sebab 24% kemungkinan cikgu tak cerita kat korang.Korang tahu kan petir ini asalnya panah malaikat yang menembak syaitan?Batu meteor nie sama saja. Pak cik tue cakap ada satu surah nie menyebutnya.Aku dah lupa surah apa.Korang tanyalah ustaz/ustazah korang.Kisahnya,batu meteor juga digunakan malaikat untuk menembak syaitan yang try-try nak pergi ke angkasa lepas.

     So,bila syaitan cuba naik ke angkasa,malaikat akan baling batu-batu itu.So,meteorite yang jatuh ke bumi boleh digunakan sebagai pendinding dari (gangguan syaitan) ayat yang aku bracket nie ayat yang aku tak sure.Entah kenapa pak cik tu boleh plak penyimpang ke tajuk batu petir.

    Aku tanya orang tu batu petir tue ape?Tak sangka bapak aku tau.Pak cik tue kata batu petir tue biasanya kat dalam pokok kelapa yang mati akibat dipanah petir.So,batu petir tue macam elok untuk gangguan.

p:s/korang checklah kat ustaz/ustazah kat mane-mane.kot-kot aku tersalah karang.Takut tersalah nie salah satu penyebab aku malas nak tulis pasal bab-bab agama.Yelah, kalau tersalah nanti karang, orang panggil ajaran sesat atau bahasa lembutnya yang cikgu aku cakap untuk orang yang tipu maklumat dalam internet iaitu dajjal.

   Tapi tak tahu kenapa aku hari nie alim sangat.Maybe,sebab aku selesa time ustazah aku mengajar.Tidak terasa stress.Tapi aku malam nie akan menjadi sangat stress kerana aku belum buat sehelai pun modul agama.Cikgu nak esok.Dalam dua tiga tajuk aku kena buat.Tulah Syah,siapa suruh jadi pemalas.


Last story,korang nak tau tak ape azam aku tahun nie.Azam aku simple jer.

"Be positive."

Lain kali aku sambung....