Let me introduce myself..Nama aku Syah MiJar.....Kalau tengok dari segi nama tue..Namanya nampak macam untuk seorang tapi sebenarnya dalam dua perkataan tue ada tiga nama dan orang yang menggunakan nama itu sorang jer iaitu aku.Sebenarnya ini blog ke-3 aku....Aku buat yang baru pun sebab dua blog yang lama itu macam tak seimbang...kejap tue,kejap nie...Jadi aku amiklah keputusan untuk membuat blog baru oleh kerana blog ke-2 aku dah terlupa passwordnya...Tulah dah lama tak bukak blog tak pasal-pasal dah lupa.Aku harap blog ini akan menjadi yang terakhir dan aku harap blog ini sama seperti yang aku harapkan.
Blog ini aku dah buat cantik2 walaupun tak sama seperti yang aku idamankan..Blog hampir2 samalah seperti yang aku idamkan...Kalau nak ditengok apa tujuan blog ini wujud ada tertulis kat blog..korang carilah sendiri..Kalau korang dapat cari pun tak semestinya korang boleh baca 100%..Aku juga dah letakkan apa yang aku nakkan walaupun bukan semuanya yang aku nak (ayat aku berbelitkan?Kalau korang nak tahu inilah kepakaran aku yang korang tak dapat nak tandingi)
Minggu lepas aku cuti sekolah...minggu ni dengan minggu depan aku sekolah , minggu lagi satu aku cuti , minggu yang lagi satu aku sekolah,pastu minggu satu lagi aku periksa pastu cuti raya korban pastu,sambung periksa,pastu belajar....Banyaknya cuti bulan ni...Tapi kalau nak diikutkan hati aku memanglah aku sukaaa sangat cuti..tapi jangan dah nak dekat PERIKSA ada cuti....sebabnya kalau kat rumah nanti macamlah aku baca buku sangat..Tapi kalau baca buku okey lagi tapi kalau KERJA SEKOLAH...ikut mood lah..Bukannya aku malas cuma lazy jer...Tue je alasannyer..
Bagi aku blog inilah yang akan menjadi tempat luahan karya aku...Aku sebenarnya suka tulis cerita apatah lagi novel..lagilah aku suka...Tapi aku start dengan tulis cerpen.Tapi sebab aku nak tulis novel ni ada sejarahnya yang tersendiri.Aku pun confuse..nak bagitahu ke tak nak..Sebab salah seorang yang menjadi punca aku menulis cerita sudah tentunya akan membuka blog ini (Kalau dia rajin nak buka) Okeylah sampainya di sini sahaja post pertama aku untuk blog baru ini...
No comments:
Post a Comment