Saturday, 12 November 2011

Kisah Aku Semasa Peperiksaan,Sedangkan Aku Berada Selepas Peperiksaan

             Ah ha ha ha...Walaupun aku sudah habis periksa,aku tetap mahu menyatakan bahawa aku akan menceritakan kisah semasa periksa...

           Pada suatu masa ini.aku tengah ujian apa entah...aku berasa pelik.Kenapa orang sebelah aku asyik pandang aku je.Aku buatlah tak layan.Tak lama kemudian..aku terasa  ada sesuatu yang keras terkena dekat bahu sebelah kiri aku...Tanpa membuang masa aku pusing ke belakang aku melihat orang belakang aku memohon maaf lalu menunjukkan orang yang sebelah.Rupa-rupanya orang yang sebelah tu nak minta air..Aduss. Terkena highlight tu...Mana tak sakit..Nasib baik sekejap je sakitnya...Tak apalah aku tak marah pun...

          Aku lompat balik ke peperiksaan lagi satu..Masa pertengahan tahun..Aku tak tahu kenapa..Masa aku jawab soalan BM kertas 2...Ada 4 soalan..Ringkasan,Huraian,Karangan,Kajian Novel...Masa tu aku tak tahu kenapa aku malas sangat..Selepas Huraian...Sebelum Karangan....Pendek kata pertengahan itulah aku boleh berangan.Lama pula tu...Lepas aku sedar aku cepat-cepat buat.Masa aku siap tu..Masa habis lagi 5 minit...

Jadi berbalik pada peperiksaan yang sekarang  ni...aku dah dapat kertas BM 2...Aku dapat B...Apa nak buat dah nasib...'


 Ini dia karangan aku...SOALAN NO.5 - CERITA BERDASARKAN PERIBAHASA 

      Amir mencapai buku lalu membukanya.Baginya tiada apa yang perlu dimain-mainkan lagi memandangkan peperiksaan hampir dekat.Amir merupakan pelajar kelas depan paling depan tetapi dia merupakan pelajar yang mendapat nombor paling belakang apabila tibanya sesuatu peperiksaan.

     Banyak yang tidak dapat difahaminya bukan kerana dia tidak belajar tetapi kerana rakan sebelahnya yang selalu mengajaknya berbual.Amir tidak dapat menolaknya kerana takut untuk mengecilkan hati rakannya.

     Amir menyelak helaian buku itu,Tiada apa yang boleh difahami dengan sendiri.Akhirnya dia menutup buku itu lalu tidur di atas katil.

       Keesokan harinya,Amir tiba di sekolah dengan penuh azam untuk menumpukan perhatian di  dalam kelas,tetapi bila tiba masanya dia tidak dapat mengelaknya kerana topik yang diperbual adalah perkara yang diminatinya.

     Setelah tamat persekolahan,Amir terus pulang ke rumah lalu merebahkan dirinya di atas katil.Amir bingung memikirkan tentang peperiksaan yang hampir tiba.Dia terus bangun dan membuka komputer.Ketika membuka laman sosialnya,Amir terpandang satu nama,Maria,itulah nama guru kelasnya.Cikgu Maria menulis bahawa kelas tanbahan akan diadakan tidak lama lagi dan Amir memikirkan inilah peluangnya.

    Kemudian,Amir menutup laman sosialnya dan membuka laman sesawang yang lain.Amir tertarik dengan suatu kisah.Amir memikirkan dia akan dapat elakkan berbual di dalam kelas jika dia menggunakan salah satu bahagian di dalam cerita itu.

         Tiba keesokan harinya,waktu guru sedang mengajar,rakan sebelahnya mengajaknya berbual lagi. Dengan apa yang dia rancangkan malam tadi,setiap kata-kata dan soalan rakannya dijawab dengan sambil lewa seperti .'Hmn','Hm?','Mn.'

          Selepas beberapa soalan akhirnya rakannya mengalah dan Amir dapat menumpukan perhatian di dalam kelas.Amir juga ada bertanyakan Cikgu Maria tentang kelas tambahan itu.

        Dengan penuh kesabaran,Amir menahan rasa panas dan mengantuk ketika di kelas tanbahan.Amir juga cuba mengurangkan berbual walaupun itu perkara yang diminatinya.

        Setelah tiba peperiksaan,Amir dapat menjawab dengan tenang.Akhirnya,Amir mendapat kedudukan sepuluh terbaik di dalam kelasnya.Bak kata pepatah ' Bara api yang digenggam,biar sampai menjadi arang'.


SEKIAN,

No comments: