Sunday, 29 January 2012

Boyfriend...

Boyfriend atau nama saintifiknya Teman Lelaki.Selalu dikaitkan dengan insan bernama perempuan.Mesti korang tertanya ape kena dengan istilah boyfriend nie.Okey,jom kita terokainya bersama-sama.

Kalau korang sekolah menengah,mesti korang selalu dengar cite.

"Eh,dia tu kapel dengan dia tu"

"Eh,dia baru clash?"

"Eh,mamat tu encemlah.Yup,usha?"

Dalam hidup aku yang baru berapa belas tahun ni, rasanya belum pernah member rapat aku berkapel.Pendek kata aku nie di kalangan budak-budak nerd baik dan suci.Pernah jugaklah member aku suka kat sorang laki nie.Sahabat baiklah nak di katakan,semua member-member rapat tolong satukan.Tetapi,laki tu tuli agaknya tak nampak kebaikan dan kecomelan member aku ni.

Andai kata,kalaulah aku join aktiviti rahsia dorang nie,dah lama aku terajang laki tue.Pergh!sedap giler ayat aku ni.Tak pe,tak pe.Aku dengan laki tue tak rapat langsung.So,kebarangkalian laki tu bukak blog aku 0.001%.


   
Berbalik kepada tajuk.Apa yang aku observe di mata aku sendiri ni.Dorang kapel bukannya kapel betul-betul.Alah,yang orang slalu kate tu.Cinta Monyet.


Gah,aku benci monyet.Aku tak tau kenapa memang dari azali lagi aku dah tak suka.So,korang jangan buat entry pasal monkey plak.

Sambung balik,pernahlah masa form 1.Member perempuan aku clash dengan boyfriend dia depan mata aku dengan member2 yang lain.Time tu tak dak sangat orang dalam kelas dan tempat yang bagus untuk melafazkan perkataan CLASH.Laki tu macam tak percaya tapi akhirnya terpaksa menerima takdir.Aku tak tahu apa puncanya.

Yang paling tak sedap sekali,wall facebook aku tahun nie dah mula buat hal dah.Selalunya normal aje.Tiba-tiba,adalah sorang dua nie dah start.Gaduh jer,tulis status,tak sedap aku nak memandang wall aku.Bila clash,senyap....

"Jadi,kepada anda yang ada masalah dengan teman anda,saya nasihatkan diminta janganlah mengadu di wall facebook atau twitter atau sebagainya.Jika anda ada masalah ceritalah kepada saya.Kerana saya mungkin akan membantu anda ataupun kepada orang yang lebih berpengalaman seperti abang Zack."

Rasanya aku dah tulis banyak sangat dah ni.Tengkuk pun dah sakit.Kita sambunglah nanti.

No comments: