Soalan ni adalah adalah soalan sivik yang aku dapat pagi tadi.3 soalan je.Sikit kan ?
Soalannya
1)Ayah anda penat setelah pulang dari pejabat,namun anda mahu meminta batuannnya untuk menghantar anda untuk ke rumah rakan sempena majlis hari jadinya.
2)Ibu anda sakit dan tidak dapat memasak.Anda pula telah menjemput rakan untuk makan tengah hari di rumah.
3)Adik anda ingin menggunakan komputer.Pada masa yang sama,anda sedang menyiapkan projek Geografi.
Jawapan Yang Rasional
1)Saya akan tunggu ayah hilangkan penat beliau dahulu sebelum meminta ayah hantarkan saya.Kalau terlambat ke majlis hari jadi rakan saya,saya akan meminta maaf.
2)Saya akan mencuba untuk memasak setakat mana yang boleh.
3)Saya akan meminta adik untuk menunggu dahulu sehingga saya menyiapkan projek Geografi.
Jawapan Yang Terbaik
1)Mula-mula saya akan membuat lawak 'hu ha,hu ha' sehingga ayah saya ketawa terbahak-bahak.Orang yang ketawa terbahak-bahak akan dapat melupakan rasa penat.Anda tidak setuju?Itu tipu namanya sebab saya sudah banyak kali berlaku.Kalau saya terlambat sekalipun,saya tertentu sudah menyiapkan hadiah yang special dan pastinya si dia akan lupakan tentang saya yang datang lambat.
2)Sebelum rakan saya tiba,saya akan ke restoran berdekatan untuk membeli nasi bungkus dan menghidangkannya di atas pinggan seolah-olah saya yang memasaknya.
3)Get lost.
P/s: mana azam aku untuk mengurangkan update blog nie?Mane?Mane?
No comments:
Post a Comment