Friday, 30 December 2011

Makanan/Food part 2

     Hari nie aku nak cakap pasal makanan lagi.Entah kenapa semenjak dua tiga hari nie,aku asyik bukak google images dan search makanan yang aku jarang giler/tak pernah makan.So,disebabkan tak de benda yang aku nak cakap dan sempena post TERAKHIR aku untuk tahun nie.

 First sekali,biar aku tunjuk sikit gambar dia...






Gambar yang kat atas nie gambar.... Aku tak payah cakap.Korang mesti tahu punye.Cuma,apa yang aku nak cakap adalah "gambar yang kat atas ni gambar hiasan jer,Aku amik dari google.Kalau aku yang buat nie,tak payah aku buat blog ni."

Ahahaha,lagak je lebih.Next...






Yang nie pula Cupcake.Bagi aku cupcake paling sedap terletak pada gula aisingnya.Tahun lepas birthday kawan aku ada sambut dalam kelas,makan cupcake.Boleh tahanlah cupcake dia.

Rasanya,nie lah yang aku larat nak buat.Ada gambar2 yang lain.Malas sangat aku nak taip terutama sekali dah nak naik sekolah nie.



ANNOUNCEMENT : Mulai tahun depan.Aku akan cuba untuk TIDAK merajinkan diri aku untuk meng'update' blog disebabkan alasan-alasan tertentu.So,tak payah nak rajin-rajin nak bukak blog aku.Mungkin aku akan mula rajin update blog time.... masuk U kot.... Yelah,bila korang masuk U nanti terpisah dengan member.Time tulah nak kutuk member ke,nak puji member ke... risiko kena hentam nanti taklah tinggi sangat.

Friday, 23 December 2011

Citer Yang Telah Di Spoil...Part 2

      Hari nie aku nak spoil citer juga.Dah tak da idea lain.Kat bawah orang ramai.Tengah 'merewang'.Malam nanti ada kenduri aqiqah.So,aku nak spoil pendek-pendek jer.Persembahan yang seterusnya.... Jack And The Beanstalk...

     Pada suatu hari,ada seorang miskin budak bernama Jack.Bukan Jack Sparrow apatah lagi Jack Titanic.Just Jack.Entah kenapa mak Jack yang telah sakit suruh Jack pergi ke pekan.

     "Jack,tolong mak pergi pekan."

     "Pergi pekan?Nak buat apa mak?"

     "Mak nak suruh Jack beli sesuatu barang."

      "Barang apa,mak?" Jack tertanya-tanya.

      "Adalah."

Maka,Jack pergilah ke pekan seperti yang disuruh maknya.Jack bertemu seorang lelaki tua yang dikatakan maknya.


     Orang tua tue pun bagi Jack kantung dan membalas dengan kantung yang dikirimkan maknya.Jack melihat isi kantung itu.Ada banyaaakkkk benih kacang.Jack cuba bertanya kepada orang tua itu,namun orang tua tu dah pun ghaib.Jack terdiam seketika kemudian berkata.

     "How Cooolll!!!"

   Jack terus pulang ke rumah dengan perasaan gembira kerana bertemu dengan sesuatu yang luar biasa.Setelah Jack beransur pergi dari pekan.Orang tua tue keluar dari kotak besar yang terletak berhampiran.

    "Nasib baik budak tu tak perasan,"kata orang tua tu lega.
   
Jack dengan gembiranya berjumpa dengan maknya.

  "Mak,kita nak wat ape dengan benih nie?"

   "Cuba Jack tanam kat depan rumah.Kot-kot manalah tau benih kacang tu jadi besar giler macam dalam citer ape tu....Jack And The Beanstalk."

      "Okey.Jack gi tanam sekarang jugak!"

Jack terus menanam benih kacang tue.Jack masuk ke rumah dengan harapan benih tue dah tumbuh.... Jap.Ade ke benih tumbuh lepas satu malam?Ahh..I don't care...

      Keesokkan harinya,Jack bangun dari tidur terus pergi ke halaman rumah.

"Wow!"
    Jerit Jack apabila melihat pokok kacang yang besar giler..

Jack bagitau maknya.

    "Wow,anakku!Tak sia-sia mak namakan kau Jack."

Seterusnya,Jack membuat bisnes jual kacang hingga ke produk-produk berkaitan dengan kacang.Dan akhirnya,menjadi salah seorang yang terkaya di negaranya.


   Amacam.Gempak tak citer aku?Korang yang kat rumah tu jangan tiru pulak citer nie.Tak pasal-pasal mak bapak korang panggil korang gile.

P/S:Aku tak tau kenapa tapi sejak kebelakangan nie time aku nak menaip boleh slow semacam pastu asyik salah eja jer...

Citer Yang Telah Di Spoil...Part 1

    Aha,korang tau tak apa maksud spoiling stories?Kalau ikut google translate maksudnya 'merosakkan cerita'. Tak caya cuba try.Hari nie aku nak try spoil satu cite.Tajuknya 'Bawang putih,Bawang Merah.'

    Ada dua beranak baru sahaja berkahwin dengan seorang duda sorang anak.


     Nak real.Kita guna artis betul.Mempersilakan contoh-contoh kita.Kita mulakan dengan :


 1)Mak Merah



2)Bawang Merah


3)Bawang Putih


P/S: Yang ni setakat nak bagi orang imagine.Okey,baiklah.Kita Spoil sekarang.

     Pada suatu hari,ada seorang gadis bernama Bawang Putih.Ehem,Bawang Putih tu nama samaran dia. Nama penuh dia Putih Seputih Salji.Disebabkan dah ada watak cite dongeng yang bernama Salji Putih (Snow White).

    Mak dia panggil dia Bawang Putih sebab masa mak dia nak lahirkan Putih.Habis rumah penuh dengan bawang putih sebab saja-saja kot-kot nanti 'drakula melayu' tiba-tiba datang.

   Entah kenapa Mak Putih meninggal kerana sakit barah.Tinggal Putih bersama-sama ayahnya.Entah kenapa baru saja dua bulan kematian isterinya.Ayah Putih boleh pula berkahwin pula dengan sorang janda.Tak sabar-sabar betullah Bapak Putih.Kena pula Bapa Putih nie kaya.

    Jadi Bapa Putih tanpa disedari berkahwin dengan janda pisau cukur.Janda tu bernama Mak Merah.Dia mempunyai anak bernama Bawang Merah.Maka,Mak Merah dan Bawang Merah menjadi keluarga tiri Bawang Putih.

    Sebab nama anak Mak Merah bernama Bawang Merah.Lu pikirlah sendiri.Bawang Merah suka membuli Bawang Putih.Mak Merah pun join sekaki.Tapi,malang buat Mak Merah dengan Bawang Merah.Setiap kali lepas buli jer mesti kena cakar dengan kucing belaan Putih.

      Malang yang paling tidak berbau,Bapa Putih mengalami highway accident (kemalangan jalanraya) dan meninggal di tempat kejadian.Putih berasa amat sedih namun Mak Merah dan Merah paling happy sekali sebab dorang akan dapat harta.

     Entah kenapa,muncullah Prince Charming.Aku memperkenalkan model Prince Charming kita,Jun Fukuyama!


        Dia dengan Bawang Putih terus berkapel.Lepas tu,dorang kawin.Mula-mula,Putih ingatkan Prince Charming nie budak sengkek.Rupa-rupanya,Prince Charming nie anak orang kaya.Maka,terpaksalah Merah menggigit jari kerana dulunya dia pernah kapel dengan Prince nie tapi Merah dah suka orang lain,dia pergi clash dengan Prince tu.Untung Si Putih.

     50 kali ganda malang buat Merah and her mother.Alamak,ber'speaking' pula aku.Nama dorang tak tersenarai dalam waris harta-harta Bapa Putih.At Last,Putih dapat semua harta bapa dia.Putih hidup gembira bersama-sama dengan Prince Charming serta kucingnya.


Okey,begitulah tamatnya kisah yamg aku spoil.Tak payah nak jiwang-jiwang sangat.Aku tamatkan dengan...


Thursday, 22 December 2011

Hukuman Cikgu Paling Power!

     Seperti yang aku katakan kepada korang.Aku nak bercerita pasal hukuman.Biasanya,hukuman ni korang akan bagi contoh yang selalu muncul kat sekolah-sekolah tue.

     Okey,sebelum aku mulakan isi-isi penting.Kita bercerita pasal  cerita sampingan.Biasanya,kalau cikgu denda budak-budak mesti rotan.Yang tu kan kebiasaan.Aku masa sekolah rendah terutamanya darjah tiga nan lima. Sebulan memang tak miss kena rotan.Cakap je rotan beberapa kali,aku pernah kena.Kalau kena rotan sepuluh kali memang tak ada,apatah lagi yang yang ke atas.



Pada pendapat aku,rotan tebal lebih sakit dari rotan nipis.Kalau rotan nipis sakitnya sekejap je,rotan tebal.. rasanya memang tak boleh dilupakan.Habis merah tangan.Yang penakut giler,yang suka elak-elak tu lagi sakit sebab nanti kena kat jari.


Biasanya budak yang nak kena rotan main elak-elak ni,majoriti lelaki.Perempuan jaranglah.Lelaki ni part rotan, bila berani berlagak giler.Kononnya nak tunjuk macholah katakan.Kalau yang penakut pula penakut giler.


Okey,habis pasal rotan.Kita pergi ke isi-isi penting.Nanti dapat markah kosong pula.

1)Kena lempang

Yang kena lempang ni jarang sangatlah.Kalau kena lemoang nie time cikgu mengamuk giler-giler.Aku pernah juga kena lempang masa darjah tiga.Cikgu tu memang mengamuk giler sebab aku tak siap kerja sekolah. Pastu,tak cukup lempang kena tarik telinga pula tu.Ish,ish,ish.

      Kisahnya bermula ketika masa cikgu math.Cikgunya tengah ajar budak-budak paling lemah sekali.Ada dua orang budak lelaki ni.Tempat duduk dah dipisahkan pun nak memekak lagi.Cikgu dah bagi amaran banyak kali.Tapi,lama-lama dorang berbual juga.

     Cikgu pun dah hilang kesabaran lalu dia meminta salah seorang budak perempuan yang dia tengah ajar tu lempang salah seorang.Kawan aku ni korang jangan ingat dia dia lempang gedik-gedik tu?Tanpa membuang masa dan belas kasihan kawan aku ni terus lempang dengan sekuat yang mungkin.

     Memang kuat giler kawan aku lempang.Terkejut satu kelas.Bising-bising terus jadi senyap.Bagus gak hukuman yang cikgu aku bagi nie.


2)Pembaris besi.


Korang dah tahukan sifat pembaris besi yang keras dan licin + agak tajam pada bucunya.Kena denda pakai pembaris besi ni sekali jer aku pernah kena tetapi azabnya... Korang yang tak pernah kena cuba try ketuk bucu pembaris besi ni kat belakang tapak tangan korang.

     Yang dah pernah kena tu mesti tahu betapa 'sedapnya' kena ketuk.Tapi aku tak syorkan hukuman ni takut nanti ada yang melalak juga karang.Masa aku kena tu darjah dua.Sorang kena dua kali.Kena sekali pun dah sakit giler.Dah tangan aku tulang jer.Mana tak sakit?


3)Duck Walk


Jalan itik nie aku belum pernah kena lagi.Tapi yang aku tahu sesiapa yang pernah kena ni memang petaklah muka dorang.Terutamanya sekali kat dalam kelas.Yang nie aku tak nak cita kerana ianya melibatkan kawan aku.


 4)Tolak Dinding & .......

     Yang nie aku rasa yang paling kelakar.Masa tu PK.Tau tak PK tu ape?Pendidikan Kesihatan.Tak silap aku hampir semua budak lelaki kat kelas aku kena denda.Denda dia memang terbaik! Semua budak lelaki pergi kat belakang kelas.Cikgu suruh tolak dinding tu sampai bergerak.Budak-budak semua punyalah 'terer' dorang pergi tolak betul-betul.Siap ada bunyi lagi."Argh!!"

     Memang gempak giler satu kelas masa tu.Pastu dorang berhenti.Bunyi semput jer.Sekali cikgu sound," Tolak dinding tu!" Budak-budak tu pun pergi tolak dinding tu dengan bunyi-bunyinya sekali.

   Yang lebih sadis.Time tu semua orang kat sekolah dah balik dah.Tinggal kelas aku jer.Kebetulan papan kenyataan kat belakang plak ada gambar manusia pra sejarah yang tak pakai baju tu.Tapi gambar dia dari perut hingga kepalalah.Takkan cikgu nak letak gambar full.Kontroversi nanti.

     Yang terbaiknya,Cikgu suruhlah member kelas aku yang kena denda nie cium gambar tu.Gelak sakan aku. Cikgu kata kalau tak cium tak boleh balik.Yang pertama sekali cium gambar tu semestinya ketua darjah kelas aku.Dengan beraninya dia pergi cium gambar tue.Lepas tu,cikgu bagilah dia duduk.Masa dia nak duduk tu dia boleh cakap macam nie :


      "Hilang teruna aku."

Kakakaka.... Kalau dia tahu,habis aku.Biar aku fikir lagi.Denda apa yang aku pernah kena dan nampak eak? Setakat kena lari satu padang,sapa kesah!


5)Masa Kawad

     Yang nie pun aku nak cerita.Kepada yang pernah berkawad mesti tak terlepas dari hukuman denda.Biasanya aku tengok kumpulan lain berkawad,denda dia setakat ketuk ketampi & bumping.Nie aku nak mai ceta kat korang .Denda apa yang aku kena masa berlatih kawad.

    Korang pernah dengar tak arahan macam nie :

       "Baris akan menghentak kaki,10,1,2...10,1,2...Hentak...kaki!"

Lebih kurang macam tu lah.Aku dah terlupalah.Time tue plak.Kaki budak-budak kawad dengan aku sekali tak rata.Tak pasal-pasal kena denda 10,1,2... Up lagi 20,1,2.Up lagi,30,1,2 Dalam kena up,up tue,di selang-selikan dengan ketuk ketampi 5-10 kali.Macam nak pengsan.  

      Kakak tue masa tue tengah hot temper.Habis kitorang di belasahnya.Kitorang kena 10,1,2, berselang dengan ketuk ketampi sampailah..... 120,1,2.Amek kau!Aku rasa korang tak pernah kena lagi nie

     Masa tulah aku balik rumah terus pengsan..Hak,hak,hak,hak,Rasanya macam dah terlebih dah.So, the moral of the story is 'Perangai tu biar baik-baik,tapi budak-budakkan mestilah ada nakal skit-skit.'

Tuesday, 20 December 2011

Bila Korang Kena Buli..

     Korang pernah tak kena buli?Mesti pernah kan?Kalau tak kena pun mesti kena buli dengan kakak atau abang kau.Hehe..Cakap pasal buli,aku nak cerita pasal budak lelaki ni...

     Masa tu aku tadika lagi.Umur baru 6 tahun.Ketika mentari terbenam,berhimpunlah segala-segala jenis manusia... Alamak,klasik tak ayat aku?Ehem,ehem,citernya macam nie.

    Masa tu aku tengah duduk kat tempat duduk aku.Kelas senyap semacam jer walaupun tak belajar.Ada sorang budak lelaki nie lah.Muka dia macam muka penjahat budak nakal.Dia duduk berdepan dengan aku.Entah apa sebabnya,tiba-tiba dia pi lah cubit tangan aku.Aku masa tu tak beberapa kental lagi.Aku teruslah menangis.Lepas tu, anak jiran rapat aku yang kat sebelah aku panggil cikgu," Cikgu,**** cubit ***"

     Aha,Cikgu aku ni bukan macam cikgu yang korang selalu jumpa tu..Cikgu yang selalu cakap,"Apa ni,tak baik gaduh-gaduh." Kalau tak pun macam ni,"Awak ni....bla,bla,bla,bla,la." Memebebel jer lebih.

     Cikgu tadika aku ni,tanpa membuang masa menanya,bercakap sana-sini sebab dah terang-terangan aku dah kena dan saksi pun ada sekali.Terus mendenda budak tu.Korang nak tau tak budak tu kena denda macam mana?

     Denda dia memang special.Aku rasa tak de cikgu lagi pernah buat.Cikgu tu keluarkan tali dari almari... Tali tu bukan tali rapia,ni betul-betul tapi yang tebal warna coklat tu.Cikgu tu pergi ikat budak lelaki tu dengan kerusi sekali.Tapi,tangannya dapat keluar.Cikgu buat sekali lagi,tangan budak lelaki tu keluar lagi


    Habis gempak satu tadika.Semua orang ketawa giler-giler.Aku yang tengah nangis tu pun boleh ketawa (Tapi aku cover sikitlah) Pastu cikgu tu pergi ikat pergelangan tangan budak tu.Lepas tu,baru budak tu bertaubat,"Ah,tak nak,cikgu.Tak nak.Taubat.Taubat." Lebih kurang macam tu lah budak tu jerit..

     Em?Siapa budak lelaki tu:?Rahsia.Lain kali,kalau korang kena kacau,report kat cikgu yang power-power sikit. Boar budak yang kacau tu bertaubat.

     Bila aku cerita pasal nie.Aku rasa nak buat satu entry terbaik punya,"Hukuman cikgu yang paling power," Korang ingat-ingatkanlah aku ni...Ruang komen aku nampaknya dah boleh guna..Yay!! Okey,seperti biasa..

SEKIAN,TERIMA KASIH

Friday, 16 December 2011

Food.. Yum,Yum,

     Hari ni aku tak ada idea.So,aku nak cakap pasal topik yanng antara yang aku suka (kadang-kadang je..) Pasal MAKAN !!!!

     E he he he... Hari tu aku ada cakap pasal makan juga kan? Hari ni aku cakap makanan yang selalu ada kat restoran dan warung-warung.... Mari kita berkenalan dengan makanan favourite aku (Semua gambar aku amik dari Google)


Kalau tengok dari gambar,korang mesti tahu kan,makanan apa? AYAM MASAK KICAP... Yum,yum, sedapnya.Makan gitu pun dah boleh.Apatah lagi part peha,kepak dan yang lembut-lembut.Tapi ada satu yang aku lemah pasal Ayam Kicap ni... Makanan ni kan ada satu yang aku lemah,ia macam berminyak.. Kadang-kadang terasa anak tekak aku macam sakit..




Ha,ha,korang mesti suka juga benda ni,AYAM PERCIK.Rasanya memang terbaik!Hidangan favourite seisi keluarga.Kalau korang kata tak suka,gilerlah.Setahu aku,Ayam Percik dijual kat pasal malam je.Korang ada nampak tak hidangan ni dijual kat tempat lain?





Berdasarkan gambar ni,apa yang korang lihat?Ayam Goreng? Hampir betul.Sebenarnya ayam kat atas ni (ayam lagi..) namanya AYAM GORENG BEREMPAH ... Tak silap aku,mak aku kata pakai ketumbar dengan bijan.Bahan-bahan yang lain tak taulah.Ayam Berempah ni,kalau korang masak jangan hangus sudah.






Hidangan sampingan nie selalu ada kat Mi Soto atau Mi Sup atau makan gitu je...Namanya BEGEDIL.. Pelikkan namanya.Begedil nie diperbuat dari kentang.Kalau korang tengok dari gambar kedua,Korang akan nampak macam ada sayur kan? Sayur apa,aku tak tahu.

      Tapi aku suka makan Begedil plain tanpa sayur.Hari tu,aku sarapan pagi kat satu restoran ni,dia letak sayur macam kat atas.Nak termuntah dah.(Aku tak suka makan sayur.)





Yang atas ni namanya KEK GULA HANGUS.Aku tak tahu kenapa namanya Gula Hangus.Tapi ni kek favourite aku.Kalau mak aku buat kek selalunya kek yang atas ni.





MI HAILAM.Tengok pun dah terliur.Aku dah lama tak makan mi nie.Tapi hidangan ni bukanlah favourite aku.Korang suka tak?





IKAN SIAKAP MASAK MASAM MANIS.Pergh!!!Sedap tu.Lapar perut aku dibuatnya.Aku baru makan petang tadi.Isinya lembut... Aku rasa kalau korang makan mesti habis seekor kan? Ha,yang tu bukan makan tapi mencekik.




Korang pernah makan tak?Yang atas ni AYAM MASAK BLACK PEPPER.Tapi bila beberapa kali aku makan,rasa macam nak tercekik pula.Nasib baik lauk ni aku jarang jumpa.




Yang ni lah yang paling aku suka sekali,AYAM MASAK MERAH.Tapi korang janganlah samakan Ayam Masak Merah dengan Ayam Masak Sambal.Bagi aku,dua-dua tu lain.





MI KANTONIS.Pertama kali aku makan kat Singgah Selalu,Kip Mart.Okeylah rasanya.Lagi sedap dari Mi Bandung.



KARI AYAM.Yang ni,aku tak nak cakaplah.Korang tengok gambar pun dah tahu.



KEK BATIK.Kek ni memang popular masa aku sekolah rendah dulu.Sekarang populariti kek ni dah merosot. Kalau aku makan kek ni banyak-banyak nanti rasa macam cepat muak.




Satu-satunya hidangan yang aku tahu masak.(Aku tak pandai masak).MI SEGERA MAGGI. Yang aku tahu.Masak mi,letak telur.tu je. Punyalah simple.Tapi,aku mesti fail part nak pecahkan telur.Masa first time pecahkan menjadi.Tapi.bila buat lagi tak jadi.Kesian aku.




MI SOTO.Kalau pagi-pagi,pergi sarapan.Aku selalu order yang ni.




NASI AYAM BLACK PEPPER.Kalau aku bosan makan Nasi Ayam biasa atau Nasi Ayam Sambal.Aku makan yang ni.





Ha,ha,ha!Makanan yang paliiinnggg aku suka.NASI GORENG PATTAYA.Dalamnya Nasi Goreng.Okey,aku dah penat menaip.Yang selepas ni,aku ringkaskan je lah.



NASI GORENG PAPRIK.




BURUNG PUYUH GORENG.




SATE.




TELUR HANCUR.



YONG TAU FU.




Okey.Ni jelah aku nak tunjuk kat korang.Jiwa aku sekarang tengah berkecamuk sekarang ni.Sedang menghitung hari Chapter Komik Favourite aku keluar kat...JEPUN.Maybe esok atau lusa kot keluar.

Monday, 5 December 2011

Alang-alang Pakai Pisau,Kenapa Tak Pakai Pedang Je?

           Hai! Anda sekali lagi bersama dengan saya,Syah dalam segmen.....'Berbalas-balas Posts.'Anda sudah tahukan tentang segmen ini pada posts yang sebelumnya.SEMALAM..Pemilik blogger ini telah membalas posts saya dengan tajuk yang cukup menikam di sanubari...Tajuknya..

"Nak bermain dengan pisau ke?"

  Menikam tajuknya...amat menikam...Cuba  pula ayat ni:

      ""Tersenyum jek tengok belog dia.Nasib baik dia
         dia tak mati sebab aq tikam dia balik..hehe...
         kalau tak dah keok dh..haa...                           "


Di tambah lagi dengan post barunya...Dan juga kata-katanya..

       "Biar berasap kalau boleh sampai meletup.."

         Kalau ayat-ayat berasap dan meletup,terbakarlah blog ni,tak pasal-pasal kena buat blog baru.. kikikiki...

      Side of the story,Korang kalau baca manga kat internet yang bahasa inggeris..Korang mesti terfikirkan macam mana scanlators tu change dari bahasa jepun ke inggeris..Adakalanya korang kata dalam hati, "Manalah chapter baru citer *****,tak kuar-kuar." Ada tak?Mungkin tak ada sebab korang tak suka baca komik sebab minat citer korea ataupun korang memang malas nak baca bahasa inggeris... Aku adalah try tukarkan bahasa inggeris ke bahasa melayu..Baru SATU mukasurat,aku dah malas,kualiti dia rendah pula tu.


Aha,macam tu lah citenya...

Sekian,terima kasih.

Sunday, 4 December 2011

Alamak...aku kena tikam baliklah...

      Ehem-ehem dengan ini aku mengumumkan bahawa novel Ain Batrishah part 2 dah keluar(Sorry sekali lagi sebab pendek sesangat.) Okey sesiapa nak baca sila kata... reading Ain Batrishah part 2

     Okey aku cerita balik pasal tajuk kat atas ni .. 'Alamak aku kena tikam baliklah'... Aha,nak tahu kenapa,mari bersama Syah dalam segmen 'berbalas-balas posts.'

    Begini al-kisahnya,baru SEMALAM,aku cakap pasal blog seseorang ini, hari ni dah kena balaslah..tu yang aku maksudkan 'tikam balik'. Tak pe,aku balas balik posts dia... Ehem,ehem.....


     "aq tekan perkataan ini.Tup...tap..Aqlah pemilik belog tuh...Haha...
      mula-mula aq tak percaya yang itu aku.Lepastu aq tutup belog aq.
      Try tekan ini lagi dan hasilnya sama...haha...sengal betul time ni.    "  

  La..blog sendiri pun tak kenal.Kalau akulah kan...(Aku buat benda yang sama)..Ada satu part lagi..

"Tapi bila bace sampai habis terharu dan kesian pun ada jugak."


Alamak,masa aku tulis entry tu lupa nak buat muka kesian.... A ha ha..jangan marah eak? Saja je nak bagi idea percuma,so,awak boleh update...


Hari ni aku belajar tulisan Jepun pakai internet.Aku belajar dari sini . Kalau korang nak belajar,belajarlah.. Aku  baru lepas belajar tulis a,i,u,e,o dalam style Hiragana..Nampak je SIMPLE..tapi bila part tulis kat buku tak berapa nak pas...tangan aku keras sangat...Yang paling susah yang ni lah perkataan 'a'.. Yang lain tu menjadilah daripada tak jadi langsung..So,aku nak sambung esok tentang pembelajaran tulisan Jepun aku... Aku belajar bahasa ni bukan sebab nak belajar kat Jepun macam Zackzukhairi.Sebab saje-saje je..Aku tengok orang cakap sikit bahasa lain (Bahasa Korealah pe lagi..) Tapi,aku nak belajar bahasa Jepun.Doa-doakan semoga aku berjaya.

       Agak panjang juga aku membebel....tapi tak apalah...Aku memang suka membebel kat sini..(Aku tengah taip laju giler ni..)..Jadi korang yang berblog tu tulislah banyak-banyak..update hari-hari (mood aku tengah baik giler ni..)..Jadi aku akan menamatkan dengan ayat yang biasa di baca....


Sekian,terima kasih.