Hari nie aku nak spoil citer juga.Dah tak da idea lain.Kat bawah orang ramai.Tengah 'merewang'.Malam nanti ada kenduri aqiqah.So,aku nak spoil pendek-pendek jer.Persembahan yang seterusnya.... Jack And The Beanstalk...
Pada suatu hari,ada seorang miskin budak bernama Jack.Bukan Jack Sparrow apatah lagi Jack Titanic.Just Jack.Entah kenapa mak Jack yang telah sakit suruh Jack pergi ke pekan.
"Jack,tolong mak pergi pekan."
"Pergi pekan?Nak buat apa mak?"
"Mak nak suruh Jack beli sesuatu barang."
"Barang apa,mak?" Jack tertanya-tanya.
"Adalah."
Maka,Jack pergilah ke pekan seperti yang disuruh maknya.Jack bertemu seorang lelaki tua yang dikatakan maknya.
Orang tua tue pun bagi Jack kantung dan membalas dengan kantung yang dikirimkan maknya.Jack melihat isi kantung itu.Ada banyaaakkkk benih kacang.Jack cuba bertanya kepada orang tua itu,namun orang tua tu dah pun ghaib.Jack terdiam seketika kemudian berkata.
"How Cooolll!!!"
Jack terus pulang ke rumah dengan perasaan gembira kerana bertemu dengan sesuatu yang luar biasa.Setelah Jack beransur pergi dari pekan.Orang tua tue keluar dari kotak besar yang terletak berhampiran.
"Nasib baik budak tu tak perasan,"kata orang tua tu lega.
Jack dengan gembiranya berjumpa dengan maknya.
"Mak,kita nak wat ape dengan benih nie?"
"Cuba Jack tanam kat depan rumah.Kot-kot manalah tau benih kacang tu jadi besar giler macam dalam citer ape tu....Jack And The Beanstalk."
"Okey.Jack gi tanam sekarang jugak!"
Jack terus menanam benih kacang tue.Jack masuk ke rumah dengan harapan benih tue dah tumbuh.... Jap.Ade ke benih tumbuh lepas satu malam?Ahh..I don't care...
Keesokkan harinya,Jack bangun dari tidur terus pergi ke halaman rumah.
"Wow!"
Jerit Jack apabila melihat pokok kacang yang besar giler..
Jack bagitau maknya.
"Wow,anakku!Tak sia-sia mak namakan kau Jack."
Seterusnya,Jack membuat bisnes jual kacang hingga ke produk-produk berkaitan dengan kacang.Dan akhirnya,menjadi salah seorang yang terkaya di negaranya.
Amacam.Gempak tak citer aku?Korang yang kat rumah tu jangan tiru pulak citer nie.Tak pasal-pasal mak bapak korang panggil korang gile.
P/S:Aku tak tau kenapa tapi sejak kebelakangan nie time aku nak menaip boleh slow semacam pastu asyik salah eja jer...

No comments:
Post a Comment