Friday, 23 December 2011

Citer Yang Telah Di Spoil...Part 1

    Aha,korang tau tak apa maksud spoiling stories?Kalau ikut google translate maksudnya 'merosakkan cerita'. Tak caya cuba try.Hari nie aku nak try spoil satu cite.Tajuknya 'Bawang putih,Bawang Merah.'

    Ada dua beranak baru sahaja berkahwin dengan seorang duda sorang anak.


     Nak real.Kita guna artis betul.Mempersilakan contoh-contoh kita.Kita mulakan dengan :


 1)Mak Merah



2)Bawang Merah


3)Bawang Putih


P/S: Yang ni setakat nak bagi orang imagine.Okey,baiklah.Kita Spoil sekarang.

     Pada suatu hari,ada seorang gadis bernama Bawang Putih.Ehem,Bawang Putih tu nama samaran dia. Nama penuh dia Putih Seputih Salji.Disebabkan dah ada watak cite dongeng yang bernama Salji Putih (Snow White).

    Mak dia panggil dia Bawang Putih sebab masa mak dia nak lahirkan Putih.Habis rumah penuh dengan bawang putih sebab saja-saja kot-kot nanti 'drakula melayu' tiba-tiba datang.

   Entah kenapa Mak Putih meninggal kerana sakit barah.Tinggal Putih bersama-sama ayahnya.Entah kenapa baru saja dua bulan kematian isterinya.Ayah Putih boleh pula berkahwin pula dengan sorang janda.Tak sabar-sabar betullah Bapak Putih.Kena pula Bapa Putih nie kaya.

    Jadi Bapa Putih tanpa disedari berkahwin dengan janda pisau cukur.Janda tu bernama Mak Merah.Dia mempunyai anak bernama Bawang Merah.Maka,Mak Merah dan Bawang Merah menjadi keluarga tiri Bawang Putih.

    Sebab nama anak Mak Merah bernama Bawang Merah.Lu pikirlah sendiri.Bawang Merah suka membuli Bawang Putih.Mak Merah pun join sekaki.Tapi,malang buat Mak Merah dengan Bawang Merah.Setiap kali lepas buli jer mesti kena cakar dengan kucing belaan Putih.

      Malang yang paling tidak berbau,Bapa Putih mengalami highway accident (kemalangan jalanraya) dan meninggal di tempat kejadian.Putih berasa amat sedih namun Mak Merah dan Merah paling happy sekali sebab dorang akan dapat harta.

     Entah kenapa,muncullah Prince Charming.Aku memperkenalkan model Prince Charming kita,Jun Fukuyama!


        Dia dengan Bawang Putih terus berkapel.Lepas tu,dorang kawin.Mula-mula,Putih ingatkan Prince Charming nie budak sengkek.Rupa-rupanya,Prince Charming nie anak orang kaya.Maka,terpaksalah Merah menggigit jari kerana dulunya dia pernah kapel dengan Prince nie tapi Merah dah suka orang lain,dia pergi clash dengan Prince tu.Untung Si Putih.

     50 kali ganda malang buat Merah and her mother.Alamak,ber'speaking' pula aku.Nama dorang tak tersenarai dalam waris harta-harta Bapa Putih.At Last,Putih dapat semua harta bapa dia.Putih hidup gembira bersama-sama dengan Prince Charming serta kucingnya.


Okey,begitulah tamatnya kisah yamg aku spoil.Tak payah nak jiwang-jiwang sangat.Aku tamatkan dengan...


2 comments:

Unknown said...

so sweet..
haha...
Untunglah si Putih.. =)

Syah MiJar said...

Bila diingat balik.. Tak mcm kena spoil jer...