E he he he... Hari tu aku ada cakap pasal makan juga kan? Hari ni aku cakap makanan yang selalu ada kat restoran dan warung-warung.... Mari kita berkenalan dengan makanan favourite aku (Semua gambar aku amik dari Google)
Kalau tengok dari gambar,korang mesti tahu kan,makanan apa? AYAM MASAK KICAP... Yum,yum, sedapnya.Makan gitu pun dah boleh.Apatah lagi part peha,kepak dan yang lembut-lembut.Tapi ada satu yang aku lemah pasal Ayam Kicap ni... Makanan ni kan ada satu yang aku lemah,ia macam berminyak.. Kadang-kadang terasa anak tekak aku macam sakit..
Ha,ha,korang mesti suka juga benda ni,AYAM PERCIK.Rasanya memang terbaik!Hidangan favourite seisi keluarga.Kalau korang kata tak suka,gilerlah.Setahu aku,Ayam Percik dijual kat pasal malam je.Korang ada nampak tak hidangan ni dijual kat tempat lain?
Berdasarkan gambar ni,apa yang korang lihat?Ayam Goreng? Hampir betul.Sebenarnya ayam kat atas ni (ayam lagi..) namanya AYAM GORENG BEREMPAH ... Tak silap aku,mak aku kata pakai ketumbar dengan bijan.Bahan-bahan yang lain tak taulah.Ayam Berempah ni,kalau korang masak jangan hangus sudah.

Hidangan sampingan nie selalu ada kat Mi Soto atau Mi Sup atau makan gitu je...Namanya BEGEDIL.. Pelikkan namanya.Begedil nie diperbuat dari kentang.Kalau korang tengok dari gambar kedua,Korang akan nampak macam ada sayur kan? Sayur apa,aku tak tahu.
Tapi aku suka makan Begedil plain tanpa sayur.Hari tu,aku sarapan pagi kat satu restoran ni,dia letak sayur macam kat atas.Nak termuntah dah.(Aku tak suka makan sayur.)
Yang atas ni namanya KEK GULA HANGUS.Aku tak tahu kenapa namanya Gula Hangus.Tapi ni kek favourite aku.Kalau mak aku buat kek selalunya kek yang atas ni.
MI HAILAM.Tengok pun dah terliur.Aku dah lama tak makan mi nie.Tapi hidangan ni bukanlah favourite aku.Korang suka tak?
IKAN SIAKAP MASAK MASAM MANIS.Pergh!!!Sedap tu.Lapar perut aku dibuatnya.Aku baru makan petang tadi.Isinya lembut... Aku rasa kalau korang makan mesti habis seekor kan? Ha,yang tu bukan makan tapi mencekik.
Korang pernah makan tak?Yang atas ni AYAM MASAK BLACK PEPPER.Tapi bila beberapa kali aku makan,rasa macam nak tercekik pula.Nasib baik lauk ni aku jarang jumpa.
Yang ni lah yang paling aku suka sekali,AYAM MASAK MERAH.Tapi korang janganlah samakan Ayam Masak Merah dengan Ayam Masak Sambal.Bagi aku,dua-dua tu lain.
MI KANTONIS.Pertama kali aku makan kat Singgah Selalu,Kip Mart.Okeylah rasanya.Lagi sedap dari Mi Bandung.
KARI AYAM.Yang ni,aku tak nak cakaplah.Korang tengok gambar pun dah tahu.
KEK BATIK.Kek ni memang popular masa aku sekolah rendah dulu.Sekarang populariti kek ni dah merosot. Kalau aku makan kek ni banyak-banyak nanti rasa macam cepat muak.
Satu-satunya hidangan yang aku tahu masak.(Aku tak pandai masak).MI SEGERA MAGGI. Yang aku tahu.Masak mi,letak telur.tu je. Punyalah simple.Tapi,aku mesti fail part nak pecahkan telur.Masa first time pecahkan menjadi.Tapi.bila buat lagi tak jadi.Kesian aku.
MI SOTO.Kalau pagi-pagi,pergi sarapan.Aku selalu order yang ni.
NASI AYAM BLACK PEPPER.Kalau aku bosan makan Nasi Ayam biasa atau Nasi Ayam Sambal.Aku makan yang ni.
Ha,ha,ha!Makanan yang paliiinnggg aku suka.NASI GORENG PATTAYA.Dalamnya Nasi Goreng.Okey,aku dah penat menaip.Yang selepas ni,aku ringkaskan je lah.
NASI GORENG PAPRIK.
BURUNG PUYUH GORENG.
SATE.
TELUR HANCUR.
YONG TAU FU.
Okey.Ni jelah aku nak tunjuk kat korang.Jiwa aku sekarang tengah berkecamuk sekarang ni.Sedang menghitung hari Chapter Komik Favourite aku keluar kat...JEPUN.Maybe esok atau lusa kot keluar.





















1 comment:
nyum...nyum...
Post a Comment