Thursday, 22 December 2011

Hukuman Cikgu Paling Power!

     Seperti yang aku katakan kepada korang.Aku nak bercerita pasal hukuman.Biasanya,hukuman ni korang akan bagi contoh yang selalu muncul kat sekolah-sekolah tue.

     Okey,sebelum aku mulakan isi-isi penting.Kita bercerita pasal  cerita sampingan.Biasanya,kalau cikgu denda budak-budak mesti rotan.Yang tu kan kebiasaan.Aku masa sekolah rendah terutamanya darjah tiga nan lima. Sebulan memang tak miss kena rotan.Cakap je rotan beberapa kali,aku pernah kena.Kalau kena rotan sepuluh kali memang tak ada,apatah lagi yang yang ke atas.



Pada pendapat aku,rotan tebal lebih sakit dari rotan nipis.Kalau rotan nipis sakitnya sekejap je,rotan tebal.. rasanya memang tak boleh dilupakan.Habis merah tangan.Yang penakut giler,yang suka elak-elak tu lagi sakit sebab nanti kena kat jari.


Biasanya budak yang nak kena rotan main elak-elak ni,majoriti lelaki.Perempuan jaranglah.Lelaki ni part rotan, bila berani berlagak giler.Kononnya nak tunjuk macholah katakan.Kalau yang penakut pula penakut giler.


Okey,habis pasal rotan.Kita pergi ke isi-isi penting.Nanti dapat markah kosong pula.

1)Kena lempang

Yang kena lempang ni jarang sangatlah.Kalau kena lemoang nie time cikgu mengamuk giler-giler.Aku pernah juga kena lempang masa darjah tiga.Cikgu tu memang mengamuk giler sebab aku tak siap kerja sekolah. Pastu,tak cukup lempang kena tarik telinga pula tu.Ish,ish,ish.

      Kisahnya bermula ketika masa cikgu math.Cikgunya tengah ajar budak-budak paling lemah sekali.Ada dua orang budak lelaki ni.Tempat duduk dah dipisahkan pun nak memekak lagi.Cikgu dah bagi amaran banyak kali.Tapi,lama-lama dorang berbual juga.

     Cikgu pun dah hilang kesabaran lalu dia meminta salah seorang budak perempuan yang dia tengah ajar tu lempang salah seorang.Kawan aku ni korang jangan ingat dia dia lempang gedik-gedik tu?Tanpa membuang masa dan belas kasihan kawan aku ni terus lempang dengan sekuat yang mungkin.

     Memang kuat giler kawan aku lempang.Terkejut satu kelas.Bising-bising terus jadi senyap.Bagus gak hukuman yang cikgu aku bagi nie.


2)Pembaris besi.


Korang dah tahukan sifat pembaris besi yang keras dan licin + agak tajam pada bucunya.Kena denda pakai pembaris besi ni sekali jer aku pernah kena tetapi azabnya... Korang yang tak pernah kena cuba try ketuk bucu pembaris besi ni kat belakang tapak tangan korang.

     Yang dah pernah kena tu mesti tahu betapa 'sedapnya' kena ketuk.Tapi aku tak syorkan hukuman ni takut nanti ada yang melalak juga karang.Masa aku kena tu darjah dua.Sorang kena dua kali.Kena sekali pun dah sakit giler.Dah tangan aku tulang jer.Mana tak sakit?


3)Duck Walk


Jalan itik nie aku belum pernah kena lagi.Tapi yang aku tahu sesiapa yang pernah kena ni memang petaklah muka dorang.Terutamanya sekali kat dalam kelas.Yang nie aku tak nak cita kerana ianya melibatkan kawan aku.


 4)Tolak Dinding & .......

     Yang nie aku rasa yang paling kelakar.Masa tu PK.Tau tak PK tu ape?Pendidikan Kesihatan.Tak silap aku hampir semua budak lelaki kat kelas aku kena denda.Denda dia memang terbaik! Semua budak lelaki pergi kat belakang kelas.Cikgu suruh tolak dinding tu sampai bergerak.Budak-budak semua punyalah 'terer' dorang pergi tolak betul-betul.Siap ada bunyi lagi."Argh!!"

     Memang gempak giler satu kelas masa tu.Pastu dorang berhenti.Bunyi semput jer.Sekali cikgu sound," Tolak dinding tu!" Budak-budak tu pun pergi tolak dinding tu dengan bunyi-bunyinya sekali.

   Yang lebih sadis.Time tu semua orang kat sekolah dah balik dah.Tinggal kelas aku jer.Kebetulan papan kenyataan kat belakang plak ada gambar manusia pra sejarah yang tak pakai baju tu.Tapi gambar dia dari perut hingga kepalalah.Takkan cikgu nak letak gambar full.Kontroversi nanti.

     Yang terbaiknya,Cikgu suruhlah member kelas aku yang kena denda nie cium gambar tu.Gelak sakan aku. Cikgu kata kalau tak cium tak boleh balik.Yang pertama sekali cium gambar tu semestinya ketua darjah kelas aku.Dengan beraninya dia pergi cium gambar tue.Lepas tu,cikgu bagilah dia duduk.Masa dia nak duduk tu dia boleh cakap macam nie :


      "Hilang teruna aku."

Kakakaka.... Kalau dia tahu,habis aku.Biar aku fikir lagi.Denda apa yang aku pernah kena dan nampak eak? Setakat kena lari satu padang,sapa kesah!


5)Masa Kawad

     Yang nie pun aku nak cerita.Kepada yang pernah berkawad mesti tak terlepas dari hukuman denda.Biasanya aku tengok kumpulan lain berkawad,denda dia setakat ketuk ketampi & bumping.Nie aku nak mai ceta kat korang .Denda apa yang aku kena masa berlatih kawad.

    Korang pernah dengar tak arahan macam nie :

       "Baris akan menghentak kaki,10,1,2...10,1,2...Hentak...kaki!"

Lebih kurang macam tu lah.Aku dah terlupalah.Time tue plak.Kaki budak-budak kawad dengan aku sekali tak rata.Tak pasal-pasal kena denda 10,1,2... Up lagi 20,1,2.Up lagi,30,1,2 Dalam kena up,up tue,di selang-selikan dengan ketuk ketampi 5-10 kali.Macam nak pengsan.  

      Kakak tue masa tue tengah hot temper.Habis kitorang di belasahnya.Kitorang kena 10,1,2, berselang dengan ketuk ketampi sampailah..... 120,1,2.Amek kau!Aku rasa korang tak pernah kena lagi nie

     Masa tulah aku balik rumah terus pengsan..Hak,hak,hak,hak,Rasanya macam dah terlebih dah.So, the moral of the story is 'Perangai tu biar baik-baik,tapi budak-budakkan mestilah ada nakal skit-skit.'

2 comments:

Unknown said...

hebatnya..
ko igt lagi semua denda yg ko kne..
klo aq cpt2 lupakn..
Taubat cikgu..taubat...
hehe...

Syah MiJar said...

Tak mungkin akan dilupakan... Pasal kena dendalah paling best skali... Buktikan diri masing-masing nakal..